17 May 2011

LIVE UPDATED!! ( Manchester City vs Stoke City ) 2:45 AM



Jangan lupa 2.45 pagi nanti. Erm, ini bukan perlawanan ulangan FA Cup tetapi memang game matchday 37. Kebetulan. LOL. Jom saksikan di LIVE!!

I'M SORRY

Sejak kebelakangan ini, aku asyik mendapat email serta komen yang tidak bersetuju dengan penulisan aku di footballcrazie samada di blog ini atau di Facebook. Sekali lagi aku ingin memberi peringatan bahawa footballcrazie ini merupakan buah fikiran aku sendiri. Apa aku rasa tentang Chelsea, aku postkan. Sekiranya, korang tidak berpuas hati, aku tak kecil hati. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Apa pun, aku ingin ucapkan :


"I'm sorry!"


KTBFFH

NASIB ANCELOTTI DIPUTUSKAN MINGGU DEPAN

Selepas Chelsea diikat seri 2-2 dengan Newcastle United, Carlo Ancelotti beritahu kepada media yang beliau tidak tahu apa nasibnya di Chelsea nanti. Semuanya bergantung kepada kelab untuk menilai prestasi Ancelotti selama setahun memimpin the Blues. Ketika ditanya oleh pihak media, beliau berkata :


"Kamu bertanyakan soalan yang saya tak boleh putuskan. Kita tunggu minggu depan. Seminggu itu bukan lama. Jika kelab berpuas hati dengan saya, saya kekal. Kalau tak, saya harus undur diri. Pada pandangan saya, kadang-kadang saya bagus, kadang-kadang saya boleh lakukan lagi bagus."

Apapun, aku pun dah malas nak komen panjang tentang posisi Ancelotti di Chelsea. Cakap banyak pun tak guna jika kelab nak hire new manager. Namun, yang bestnya, Kaka akan ke Chelsea? Test dulu semusim Ancelotti control Kaka. =)

PENDEDAHAN ANCELOTTI

Carlo Ancelotti telah berjanji bahawa beliau akan mendedahkan kenapa pasukan the Blues merana pada musim ini yang mengakibatkan mereka mengakhiri musim 2010/11 dengan tangan kosong. Erm, maksud aku skuad senior. Skuad junior Chelsea memang terbaik. Mereka menang liga simpanan. Ancelotti berkata :


"Saya tahu terperinci apa yang berlaku pada musim ini dan saya akan membongkarkannya pada masa terdekat."


Bagus, time inilah Ancelotti nak beritahu perasaan terpendam beliau. Asyik fans lalang jer yang komen lebih. LOL.

ALAN PARDEW SEDIA TAWAR TEMPAT UNTUK DIDIER DROGBA

Bos Newcastle United, Alan Pardew akui yang dia akan membawa masuk Didier Drogba jika Chelsea melepaskan Drogba. Kalau korang perasan, semalam Pardew ini sempat berjabat tangan dengan Didier Drogba. Erm, quiet catchy. Namun, Pardew berkata :


"Saya peminat Drogba. Saya tak fikir dia akan ke Newcastle United. Dia begitu cemerlang di Chelsea. Saya rasa dia mungkin akan bertahan dalam setahun dua ini."

Erm, Drogba memang terbaik. Dah tua-tua pun ramai kelab mahu dapatkan khidmat Didier Drogba. Namun, aku harap Roman Abramovich tak cukup gila untuk jual Drogba. =D
Related Posts with Thumbnails