Showing posts with label lucu. Show all posts
Showing posts with label lucu. Show all posts

28 June 2011

DAVID DE GEA SAH SERTAI MANCHESTER UNITED

Semua fans Man Utd tahu bahawa David De Gea akan menggantikan Edwin van der Sar dengan nilai £17.8 juta di Manchester United. Meskipun baru berusia 20 tahun, dia telah menjadi kesebelasan utama untuk skuad Sir Alex Ferguson bagi musim depan. Dalam masa yang sama, Man Utd turut berjaya mendapatkan defender Blackburn, Phil Jones dan winger Aston Villa, Ashley Young. Nampaknya musim depan, memang ramai pemain muda perform untuk Man Utd. Namun, apa yang footballcrazie nak beritahu kat sini betapa noob cara mereka nak cover De Gea dari reporters. Last-last, kantoi jugak. LOL.

03 June 2011

VAN PERSIE BUTTHURT?

Aku tak tahu apa masalah Van Persie terhadap Chelsea? Sejak dari dulu lagi dia tak puas hati dengan Chelsea. Terbaru, dia mengeluarkan komen bahawa Chelsea merupakan pasukan yang suka mempengaruhi keputusan pengadil. Dalam masa yang sama, dia turut menyalahkan pemain kebangsaan Sepanyol. Persie berkata :



"Pemain Chelsea sentiasa memperalatkan pengadil perlawanan. Saya tak boleh terima perbuatan mereka. Just shut the f*** up dan fokus main bolasepak dah la.."


Apa komen aku? Aku rasa Van Persie ni meroyan kot. Tak ada isu lain nak dibawa. Benda yang aku annoy dengan mamat ni pun ada. Persie sentiasa buat-buat tak dengar masa pengadil tiup wisel samada offside atau fouls. Bukan sekali, tetapi banyak kali terjadi..... ;D

17 April 2011

MANCHESTER UNITED KALAH, FOOTBALLCRAZIE JADI MANGSA!! LOL

Erm, bila jer Manchester United kalah, aku ingat Footballcrazie tak jadi mangsa. Namun, tetap kena juga. SBox Footballcrazie digunakan untuk lepas geram. Iyelah, nak pukul Balotelli jauh, dah dekat tak berani pulak. LOL. Apa pun, aku tahu ini kerja fans Manchester United. Blog aku ini memang tak suka memulakan flame war. Kalau fans Manchester United tak puas hati, pergilah dekat Kampung Chelsea. Kat sana, korang boleh dapat sesi temubual bersama adminnya. 

Kalau kat Footballcrazie, aku reply satu post pastu senyap jer. Malas nak layan si Anonymous ini. Si Anonymous ada 2 jenis, pertama sebab nak kutuk secara tidak bertanggungjawab, jenis kedua beri pendapat samada +ve @ -ve. Yang aku kureng ialah jenis pertama ini. Lagi dilayan, lagi tidak berfaedah. =D

15 April 2011

MESEJ USOP WILCHA KEPADA PEMAIN CHELSEA


Untuk baki game yang tinggal ini, jika pemain Chelsea tak perform, kite bako jer! =D

01 April 2011

CARA TERAKHIR NAK BAGI TORRES GOL


Aku rasa ni jer cara terakhir nak bagi Torres score gol iaitu ubah fesyen rambut tiru gaya David Luiz. Macam mana, terbaik tak? LOL

26 March 2011

ROBIN VAN PERSIE TOUCHING!!

Mungkin itu tajuk entri yang sesuai untuk player the Gunners ini. Van Persie ternyata geram dan terasa apabila banyak media-media tempatan dan luar negara terutama Malaysia yang tidak iktiraf mereka untuk cabaran Premier League. Van Persie makin tabur garam diluka apabila beritahu lagi bahawa Chelsea dan Barcelona sentiasa menyalahkan pengadil jika keputusan tidak memihak kepada mereka. Van Persie berkata :


"Barcelona pasukan hebat namun mereka selalu pergi mengadu kepada pengadil. Perkara sama turut dilakukan oleh pemain Chelsea. Ia amat menjengkelkan serta menggangu perlawanan."


Aku tak faham mamat ni. Manchester United lagi best. Manager sekali pergi dekat pengadil, tapi dia tak mention pun. Aku rasa itu perkara rutin dalam bolasepak. Kalau Van Persie tak nak alami semua itu pergi la main bowling. Tak siapa nak mengadu dekat pengadil. Mungkin kecewa sebab kena red card masa lawan Barcelona tempoh hari. LOL.

22 March 2011

SIAPA KATA ENGLISH DAVID LUIZ TERUK?

Siapa cakap English David Luiz teruk? Memang kita tahu tak ramai pemain fasih berbahasa Inggeris. Namun, bahasa Inggeris David Luiz cukup lancar dan mengagumkan. Dengan usia yang muda, aku agak terkejut dengan penguasaan bahasanya. Kalau tak percaya, sila tengok 2 video yang aku sediakan. Sila klik read more...


04 March 2011

RIO FERDINAND LUPA MACAM NADZMI RAJA LAWAK 5

Nampaknya, impak kekalahan Manchester United ditangan Chelsea turut meninggalkan kesan kepada Rio Ferdinand. Rio berkata :


 "Saya tidak nampak pembelanjaan Chelsea untuk pemain baru membuahkan hasil pada musim ini. Untuk musim depan, ya."

Satu lagi kenyataan lupa ingatan daripada Ferdinand. Erm, siapa yang jaringkan gol penyamaan awal pagi semalam? It's David Luiz, the new signing. Ha, kan dah speaking London aku ini. LOL. Dia lupa kot. ;p Aku tahu Chelsea tak mampu lagi kejar Manchester United. Tetapi, Chelsea boleh menjadi penentu juara samada Arsenal atau Manchester United. Jadi, The Blues Army semua, pasukan mana korang sanggup tengok julang trofi musim ini? 

03 March 2011

SIAPA SIR ALEX FERGUSON ?

Siapa peminat sukan bolasepak yang tak kenal Ferguson boleh diibaratkan katak di bawah tempurung. Selain hebat dan popular mencatur strategi permainan untuk Manchester United. Mulut dia turut ikut sama popularnya. Jika game memihak kepada Man Utd, dia senyap. Namun, jika berlaku sebaliknya, inilah akan berlaku. Berikut adalah quote Ferguson yang popular mengutuk mutu pengadilan FA:

vs  Chelsea, Mac 2011

"Kami bertahan untuk gol pertama. Macam mana Martin Atkinson boleh bagi penalti kepada Chelsea. Sudah 3 tahun kami menderita di Stamford Bridge. Semuanya gara-gara pengadil. Mereka akan mengadili perlawanan setiap minggu, jadi inikah mutu mereka?"

vs Sunderland, Oktober 2009

"Kecergasan untuk para pemain dan pengadil amat dituntut dalam game yang pantas. Dia, Alan Wiley tidak cergas. Ia membantut permainan kami. Di England banyak lagi pengadil yang cergas. Kenapa dia dipilih? Dia mengambil masa 30 saat hanya untut melayangkan kad. Macam berehat pula."

vs Birmingham City, Disember 2008

"Ia adalah handball, foul di tengah padang. Jika pengadil tak boleh nampak, apa lagi peluang yang kamu ada? Sebab itu kami memerlukan pengadil yang boleh nampak segala perkara yang berlaku di atas padang." 

vs Portsmouth, Mac 2008

"Keith Hackett harus menjawab segala persoalan. Dia tidak lakukan kerja dengan betul. Martin Atkinson mengadili perlawanan dengan begitu teruk."

vs Bolton Wanderers, November 2007

"Saya dan beritahu Mark Clattenburg apa yang saya rasakan tetapi dia tak mahu dengar. Sesetengah pengadil tidak dengar cakap. Kami harus mendapat perlindungan daripada pengadil, namun kami seolah-olah kena bermain lawan mereka juga."


Erm, tetapi jika game memihak kepada Manchester United, tiada pula pujian untuk pengadil. Aku rasa pengadil pun akan benci Manchester United selepas ini. LOL.

02 March 2011

ASHLEY COLE CUBA TEMBAK WAYNE ROONEY

Ancelotti memuji Ashley Cole sebab bijak menangani masalah luar dan perform masa lawan Manchester United awal pagi tadi. Beliau berkata :


"Cole bermain dengan bijak. Dia melakukan overlap pada second half dan kental bertahan."

Adakah gambar di atas itu Ashley Cole nak keluarkan air rifle dari stokin sebab nak tembak Rooney? LOL =D

24 February 2011

CARA CHELSEA LAYAN PEMAIN BARU

John Terry mendedahkan yang Fernando Torres agak panik apabila diminta menyanyikan lagu anthem Chelsea. Kalau korang nak tahu macam mana lagu anthem Chelsea, silalah tekan button play dekat bawah ini.





Torres terpaksa nyanyi lagu tersebut sebab itu merupakan cara Chelsea kenakan pemain baru ketika dalam perjalanan ke stadium pihak lawan. Terry berkata :


"Dia enggan. Namun dia terpaksa lakukannya."


Torres dinasihatkan agar tidak mengikuti jejak langkah Yossi Benayoun, dia tersilap nyanyi lagu 'You’ll Never Walk Alone' ketika diminta menyanyikan lagu anthem Chelsea ketika awal sertai Chelsea dahulu – dan kemudian Benayoun dibaling objek oleh skuad Chelsea yang lain! LOL ;p


KTBFFH

23 February 2011

LAGI PERMAINAN MINDA ARSENE WENGER

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sekali lagi cuba erm...menaikkan semangat Chelsea untuk tewaskan Manchester United. Terbaru, selepas Chelsea kalahkan Copenhagen, Wenger berkata :


"Chelsea bayar mahal untuk Torres. Sekarang, mereka lebih berbahaya. Gandingan trio Didier Drogba, Nicolas Anelka dan Torres akan menjelmakan mara bahaya yang amat dasyaaaaaaaaat."

Sebelum ini, aku pernah keluarkan entri tentang percaturan minda Wenger yang lain kat sini : PERCATURAN MINDA ARSENE WENGER ?

KTBFFH

21 February 2011

PERCATURAN MINDA ARSENE WENGER ?

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger beritahu bahawa Chelsea masih mempunyai peluang untuk menjuarai Premier League. Beliau berkata :


"Mereka masih belum tersingkir sebab mereka akan lawan Man United 2 kali. Saya percaya Chelsea akan bangkit. Chelsea tidak boleh drop banyak mata sekarang."

Erm, cakap jer la nak minta bantuan Chelsea kalahkan Manchester United supaya diorang boleh menang dan tinggalkan United sebanyak 2 mata. Tak apa, nanti aku SMS Ancelotti minta dia kacau perjalanan Manchester United untuk bagi ruang kepada Arsenal. Arsenal pun dah lama tak menang silverware ni. =)

13 February 2011

SAYA AKAN BERI PERSEMBAHAN TERBAIK - DAVID LUIZ

David Luiz beritahu yang dia akan lakukan yang terbaik untuk menyesuaikan diri dengan cara permainan Chelsea. Luiz akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Fulham pada 16 haribulan bersamaan pukul 4 pagi waktu Malaysia.

Bintang pertahanan ini tiba di Stamford Bridge bulan lepas dari Benfica dengan reputasi yang tinggi malah dengan rambut afronya. Namun, dia lebih mementingkan gaya permainan bola berbanding rambutnya.



"Saya memilih untuk simpan rambut sewaktu musim sejuk sebab di Portugal amat sejuk dan ia menjadi trademark di Lisbon. Saya tidak meniru Puyol atau orang lain. Saya harap peminat menyokong permainan saya, bukan gaya rambut." 

LOL 

01 February 2011

WEB ADMIN BOLTON WANDERERS TERSILAP

Nampaknya, laman sesawang Bolton Wanderers FC dah tersilap letak gambar Danny Welbeck meskipun Daniel Sturridge yang dipinjamkan ke sana. Pada pukul 7.00 pagi hari ini, mereka telah pun membuat perubahan menjadi :


Macam-macam. Tau la orang kulit hitam ini muka sepesen jer, tetapi jangan la obvious sangat. ;p

17 January 2011

NASIHAT BERGUNA ANCELOTTI KEPADA LAMPARD

Disebalik tekanan yg menimpa Carlo Ancelotti, beliau sempat memberi tunjuk ajar berguna kepada Lampard yg mahu menjadi pengurus pasukan bolasepak. Ancelotti berkata :


"Dia ada bakat untuk jadi pengurus di masa hadapan. Saya akan berbincang dan akan menolong Lampard utk jadi seorng pengurus yg bagus. Antara perkara paling penting ialah anda kena bersabar dgn wartawan."

LOL ;p

10 January 2011

JOHN TERRY DISIASAT POLIS ??

Tahniah buat Chelsea sebab menang 7-0 semalam. Namun, terdapat juga episod duka disebalik suka. John Terry disiasat oleh polis kerana mencederakan petugas di Stadium Molineux yang menyaksikan Chelsea tewas 1-0. Laporan polis itu dibuat oleh mangsa, Patrick Steadman, 39. Manakala pihak Chelsea pula menyatakan bahawa En.Patrick ni mengada-ngada. Selepas menyaksikan VT terbabit, pihak polis turut menyokong kenyataan wakil dari Chelsea tersebut.

Erm, ada-adanya Patrick ni. Nak kaya cepat kot. LOL ;p

08 January 2011

ANCELOTTI DIMINTA LETAK JAWATAN OLEH.. SEORANG ???

Carlo Ancelotti semalam tersenyum lebar apabila melihat sepanduk di luar kem latihan Chelsea di Cobham oleh seorng individu. Dalam sepanduk itu tertulis ayat macam kat atas : 'Ancelotti + Abramovich out!!!' dan 'None of you are fit to wear the shirt'. Ancelotti berkata :


"Hanya satu? Jika satu, tiada masalah. Kamu dapat lihat hanya seorng jer yg x gembira. Jika di Itali, hampir 1000 orang berkumpul di kem latihan. Jika satu, kamu boleh uruskan. Ia adalah penting untuk mendapat sokongan semua peminat tolak satu."

Erm, sempat lagi berseloroh Ancelotti ni. Mmg super duper cool la pakcik ni. =) Macam K.Rajagobal. Kalah dengan Indonesia 5-1 hari itu pun cool jer. Finally, menang Piala Suzuki. Terbaik dari ladang.

KTBFFH
Related Posts with Thumbnails