31 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Footballcrazie ingin ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam dan khasnya kepada pengunjung blog footballcrazie. Sedar tak sedar, malam ini 1 Ramadhan 1432H akan kembali. Moga Allah S.W.T memanjangkan umur serta memurahkan rezeki kita agar kita berkesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. Paling pasti, Manchester United akan mengalami kemerosotan prestasi kerana kawan baik dia dah kena ikat. LOL. ;)


KTBFFH

PIHAK PENGURUSAN PUJI PRESTASI MCEACHRAN

Pihak pengurusan Chelsea kagum dengan progress yang dipamerkan oleh Josh McEachran sepanjang game pra-musim Chelsea. Sebelum mengikuti kem Chelsea untuk Chelsea Asian Tour 2011, McEachran telah sign kontrak lima tahun bersama Chelsea dengan gaji sebanyak £30,000 seminggu. Malah, Roberto di Matteo sendiri memuji kehebatan pemain muda ini. Beliau berkata :


"Josh seorang pemain yang berbakat besar. Sudah lama pemain daripada akademi tidak diturunkan dalam skuad utama. Namun, kali ini dia mampu menembusi benteng itu. Ia satu kemenangan besar untuknya serta England."

Semalam juga McEachran menjaringkan gol seawal minit pertama. Namun masih jauh kalau nak dibandingkan rekod penjaring gol terpantas di dunia yang dipegang oleh penyerang Al-Hilal, Nawaf Al-Abed ketika menentang Al-Shoalah. Korang boleh tengok gol terpantas tu kat bawah iaitu 2 saat..




TAHNIAH CHELSEA

Tahniah kepada the Blues yang merangkul trofi pertama iaitu Barclays Asia Trophy 2011. Percaturan AVB menjadi apabila Chelsea mendahului game dengan menjaringkan gol seawal minit pertama. Kredit harus diberikan kepada Nicolas Anelka yang begitu cemerlang mengucar-kacirkan kubu pertahanan Aston Villa. McEachran dan Torres meletakkan nama mereka sebagai penjaring dalam game tersebut manakala Frank Lampard dinamakan sebagai Man of the Match. Chelsea akan menentang Rangers F.C untuk game terakhir pra-musim mereka pada 6/8/2011 pada pukul 10.00 malam. ;)


KTBFFH

SIR ALEX FERGUSON KECEWA DENGAN SNEIJDER

Midfielder Inter Milan, Wesley Sneijder baru sahaja mengakibatkan SAF butthurt sebab demand gaji tinggi setaraf dengan Wayne Rooney. Mana tak nya, Sneijder menikmati gaji sebanyak £250,000 seminggu di Inter Milan. SAF beritahu bahawa Manchester United dah berhenti memburu mamat ni Sneijder sendiri yang meletakkan syarat terlalu tinggi untuk Manchester United. Tambahan pula, mereka dah jumpa pengganti kepada Scholes iaitu ... ANDERSON???? LOL. Kita tunggu dan lihat jer la macam mana Manchester United beraksi musim depan. Terlebih dahulu, mereka akan diuji oleh Manchester City untuk merebut piala Perisai Komuniti pada 7/8/2011. ;)

30 July 2011

LIVE UPDATED!! ( Barcelona vs Manchester United ) 7:00 AM


Jangan lupa saksikan perlawanan persahabatan pra-musim antara Barcelona vs Manchester United pada pukul 7.00 pagi esok. Kita tengok siapa yang kena? Macam biasa, silalah lompat terus ke LIVE!!

LIVE UPDATED!! ( Chelsea vs Aston Villa ) 8:30 PM


Saksikan perlawanan final Barclays Asia Trophy 2011 tepat pukul 8.30 malam, Chelsea vs Aston Villa. Malam ini juga kita akan dapat lihat percaturan sebenar AVB memandangkan Aston Villa bukan kelab cap ayam. Jangan lupa saksikan perlawanan ini hanya di LIVE!!

TIBA MASA UNTUK PEMAIN MUDA - AVB

Andre Villas-Boas akui bahawa Chelsea kini lebih fokus untuk mengetengahkan bakat pemain muda oleh sebab skuad yang sedia ada sekarang telah pun berusia. Setakat ini, AVB telah mendapatkan dua orang pemain muda ke dalam Chelsea iaitu Thibault Courtois, 19, yang kini dipinjamkan ke Atletico Madrid. Manakala seorang lagi ialah midfielder Barcelona, Oriol Romeu, 20. Malah, AVB sendiri mahu lakukan perubahan secara pelan-pelan kayuh untuk melaksanakan transformasi ini. Yelah, Chelsea merupakan kelab yang mempunyai ramai pemain berusia dalam BPL. ;D

MANCHESTER CITY ADA POTENSI - AVB

Andre Villas-Boas beritahu kepada media bahawa perbelanjaan yang dilakukan oleh Manchester City adalah satu kelebihan mutlak mereka. Beliau juga percaya Manchester City kini lebih serius untuk mencabar liga Premier. Kalau dulu, Chelsea yang berbelanja besar. Kini, Barclays Premier League dah ada satu lagi pasukan yang kaya nak mampus. Apa pun, kita tunggu dan lihat siapa yang kena pada musim baru nanti. ;)


KTBFFH

SLOBODAN RAJKOVIC JADI TUMPUAN AVB

Mesti korang tertanya-tanya tentang kelibat defender remaja Chelsea, Slobodan Rajkovic, 22, yang kerap muncul sejak AVB pimpin Chelsea. Kini, Chelsea telah pun memohon permit kerja untuk mamat Serbia ini. AVB mendakwa bahawa Rajkovic merupakan pemain muda yang berbakat besar setelah mempamerkan aksi yang mantap untuk siri jelajah asia Chelsea. Tugas terakhir AVB kini ialah untuk meyakinkan lembaga pengarah untuk pakai mamat ni. Chelsea dalam proses nak clear pemain berusia. hehehe ;)


KTBFFH

AVB NAFI BURU JOAO MOUTINHO

Andre Villas-Boas menafikan dakwaan media yang beliau akan cuba dapatkan midfielder Porto, Joao Moutinho. Beliau akui Chelsea memang ada membuat tawaran terhadap Luka Modric. Namun, AVB melihat buat masa ini Chelsea tidak perlu memburu sesiapa memandangkan telah sign Oriol Romeu daripada Barcelona. Beliau kini lebih ke arah menetapkan cara permainan pemain Chelsea berbanding melakukan rombakan pemain secara besar-besaran. 

Terbaik. Kalau tukar players secara mengejut nanti rosak pula pasukan macam Manchester City. Dah hilang seri meskipun dibintangi oleh players 5 stars. ;)

29 July 2011

MIKEL RASAI CABARAN

Midfielder Chelsea, John Obi Mikel telah rasai kehangatan yang akan mereka tempuhi pada musim 2011/2012 apabila banyak pasukan telah pun berbelanja besar. Beliau juga percaya bahawa perkara ini bakal menyukarkan mana-mana pasukan untuk bersaing nanti. Mikel berkata :


"Ia amat sukar untuk menang trofi pada musim depan. Saya rasa ia akan menjadi musim yang paling lasak untuk Chelsea tempuhi. Namun, Chelsea tidak akan mengalah dan akan turut sama berjuang."

Terbaik. Tak sabar footballcrazie nak tunggu Chelsea enter the transfer window. Kita tunggu dan lihat siapa pemain baru yang bakal Andre Villas-Boas serapkan untuk pasukan pilihannya nanti. ;)


KTBFFH

PEMAIN MANCISTER SITI BUTTHURT

Terkini, pemain senior MakEncik Siti, Nigel de Jong, Vincent Kompany dan Micah Richards nampaknya panas bontot apabila kelab kesayangan mereka itu enggan menawarkan gaji yang lumayan sebaris pemain bintang lain dekat sana. Bak kata ayat touching, mereka di anak tirikan. Mana tak nya, Aguero yang baru masuk tu dapat gaji setaraf dengan bintang utama di sana seperti Yaya Toure dan Carlos Tevez iaitu sebanyak £200,000 seminggu. Namun, untuk kontrak baru mereka ini, Company cuma dapat £80,000, de Jong dapat £65,000, manakala Richards pula dapat £100,000 seminggu. LOL. Moral of the story, korang nampak tak betapa Luca Modric lagi dibayar murah dekat Spurs? ;)

"KICK IT OUT" PUJI CHELSEA

Badan induk anti-perkauman bolasepak, "Kick It Out" memuji tindakan Chelsea untuk membuat aduan tentang sorakan yang berbau perkauman terhadap Yossi Benayoun. Ben10 di"boo" oleh fans yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan jelajah asia mereka di Malaysia. Pihak Chelsea telah pun menghantar surat kepada Malaysian Football Association atau lebih dikenali oleh FAM. Akibat nila setitik, rosak maggi semangkuk. Kesian dekat fans yang betul-betul datang untuk melihat aksi Chelsea. Diharap semua pihak mengambil ikhtibar daripada peristiwa ini. ;)


KTBFFH

27 July 2011

CHELSEA MARA KE FINAL

Tahniah buat Chelsea yang berjaya membenam Kitchee F.C, 4-0. Chelsea akan menentang Aston Villa pada 30/7/2011 pada pukul 8.30 malam untuk perlawanan final Asian Barclays Trophy. Terlebih dulu, Aston Villa berjaya menumpaskan Blackburn Rovers dengan jaringan 1-0 daripada Darren Bent. Manakala gol Chelsea pada malam ini disumbangkan oleh Lampard, own goal daripada kapten Kitchee, Luzardo, Drogba dan Sturridge. Meskipun Torres tak score, beliau berjaya melakukan percubaan yang ke arah gawang gol pihak lawan namun terkena tiang. Apa pun, jom layan highlight game tersebut di Video. ;)


KTBFFH

SAH!! AGUERO SERTAI MANCHESTER CITY

Finally, setelah sekian lama Sergio Aguero menjadi buruan kelab EPL, beliau kini sudah menjadi milik rasmi Manchester City dengan harga perpindahan sebanyak £38 juta . Aguero, 22, sign kontrak bersama City selama 5 tahun dengan gaji mingguan sebanyak £200,000. Gila kaya Manchester City ni. Lepas ni Balotelli kena juallah. Menarik saingan EPL musim depan. hehehe ;)

LIVE UPDATED!! ( Kitchee vs Chelsea ) 8:30 PM


Jangan lupa saksikan perlawanan persahabatan antara Kitchee F.C vs Chelsea hanya di LIVE!! Footballcrazie harap permainan Chelsea malam ini lagi bagus daripada perlawanan menentang Thai All Star, 3 hari lepas. ;)

26 July 2011

BERLAKU PERUBAHAN DIBAWAH AVB - PETR CECH

Petr Cech dapati tidak banyak perubahan yang Andre Villas Boas lakukan buat masa ini. Namun, bekerja bersama satu kumpulan backroom staff yang baru seolah-olah memberi nafas segar dalam skuad. Cech akui bahawa setiap kali manager masuk, mereka akan menetapkan falsafah permainan mereka dalam pasukan dan pemain harus mengikutinya. Cech berkata :

"Tiada manager yang kekal lama di Chelsea kecuali Jose Mourinho sejak Abramovich pegang Chelsea. Malah, TSO sendiri telah menetapkan par yang tinggi untuk manager baru. Apa yang istimewa bagi AVB ialah beliau pernah menjadi backroom staff ketika di zaman TSO. Kini, satu pembaharuan yang drastik telah berlaku."

Frankly telling, footballcrazie suka cara AVB pilih pemain dalam kesebelasan utama kerana beliau beritahu sesiapa yang perform semasa latihan, pemain itulah yang akan diturunkan untuk sesuatu match. Ini bermakna, tiada orang yang kebal dalam Chelsea F.C. Jadi, ini akan mewujudkan persaingan sihat antara para pemain.


KTBFFH

p/s: Footballcrazie predict Yuri Zhirkov bakal membarisi kesebelasan utama musim ini. ;)

MANCHESTER UNITED KACAU DAUN

Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Man Utd cuba untuk merebut target Chelsea, Javier Pastore, 22. Malah presiden Palermo, Maurizio Zamparini akui bahawa kini terdapat persaingan antara dua kelab gergasi England ini. Maurizio Zamparini akan tanya kepada Pastore mana satu pilihannya dalam minggu ini. Perlukah Chelsea mendapatkan Pastore? Footballcrazie prefer Joao Moutinho sebab dah tengok aksi Pastore dalam Copa America. Biasa je. ;p 

Komen anda?


KTBFFH

25 July 2011

BUKAK ATAU TAK BUKAK ???

Sebagaimana yang korang tahu, model pakaian dalam bernama Larissa Riquelme  pernah berjanji akan berbogel jika Paraguay menang Copa America 2011. Namun, lelaki pervert kat luar sana terpaksa menunggu keputusan daripada empunya badan sebab awal pagi tadi Paraguay kalah 3-0 di kaki Uruguay. Footballcrazie predict minah ni akan tetap berbogel based on pengalaman di World Cup 2010 dulu. Kata nak bogel jika Paraguay menang, tapi kalah di kaki Sepanyol pada peringkat suku akhir. Last-last, bogel gak minah ni. Kalau dah nawaitu nak bogel tu, tak ke mana. LOL. Seriously, footballcrazie kenal minah ni pun sebab janji manis minah ni masa World Cup 2010. ;)

FAMILY DAY MBAS

Sebagaimana yang telah footballcrazie nyatakan pada dua hari yang lepas, footballcrazie telah menyertai majlis hari keluarga anjuran Malaysian Blue Army Supporters (MBAS) di Kemensah Chalet Waterfall. Kalau nak tahu detail tentang tempat ni korang terpaksa google sendiri. ;p . Apa yang footballcrazie nak cerita kat sini ialah kemeriahan yang kami semua rasai. Namun, korang kena bersabar sebab footballcrazie perlukan masa untuk publish sebuah entri yang panjang berjela-jela tentang family day MBAS ini. ;)


KTBFFH

JOAO MOUTINHO KE CHELSEA JIKA ...

Tajuk entri kat atas macam contest kit-kat pulak. Terbaru, Andre Villas-Boas beritahu kepada media yang beliau berkemungkinan besar akan membawa masuk midfielder muda Porto, Joao Moutinho sekiranya Chelsea gagal mendapatkan Luca Modric. Moutinho, 24, boleh bermain sebagai central midfielder, attacking midfielder dan juga sebagai flank. Dengan kecederaan yang dialami oleh Michael Essien, Chelsea mungkin akan memberi tumpuan terhadap pembelian pemain tengah. Apa pun, kita layan dulu video mamat ni kat bawah :




p/s: Pergh, sebijik macam cara footballcrazie main futsal. LOL. ;p

24 July 2011

LIVE UPDATED!! ( Paraguay vs Uruguay ) 3:00 AM

Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir antara Paraguay vs Uruguay pukul 3.00 pagi. Tonton siaran ini secara langsung hanya di LIVE!! Footballcrazie predict Uruguay menang 2-0. ;)

22 July 2011

FOOTBALLCRAZIE CUTI SELAMA DUA HARI

Akhirnya, saat yang dinantikan telah tiba. Esok, footballcrazie akan bercuti semalam 2 hari kerana terlibat dengan hari keluarga Malaysian Blues Army Supporters (MBAS). Korang boleh rujuk aktiviti kami di sini. FYI, MBAS mempunyai lagu tema tersendiri hasil gubahan composer terkenal tanahair, Tomey Chelsea. Nak dengar lagu tema MBAS? Sila klik kat media player di bawah. ;)


HARI KELUARGA MBAS (STICKY POST)

Setelah dipersetujui oleh AJK Malaysian Blue Army Supporters (MBAS), tarikh  family days telah ditukar kepada 23~24 Julai 2011. Bayaran penyertaan adalah seperti berikut :

  • Dewasa = RM30/person
  • Kanak-kanak = RM15/person

* Kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak digalakkan untuk sertai atas faktor keselamatan. 
* Penyertaan adalah based on first come, first served. Tapi, aku rasa better, based on first pay, first served. ;p

YOSSI BENAYOUN JADI MANGSA PERKAUMAN

Semalam, footballcrazie terdengar kuat laungan "boo" terhadap midfielder Chelsea yang berasal daripada Israel. FYI, Benayoun datang ke Malaysia dengan menggunakan kewarganegaraan Sepanyol yang dimiliki oleh beliau. Ye lah, yahudi mana ada negara sendiri. Menumpang + rampas tanah Palestin je. Namun, apa yang sedihnya, beliau turut dikecam oleh penduduk Malaysia meskipun tidak terlibat dengan aktiviti haram tersebut. Beliau datang untuk bermain bolasepak bukan sebab nak merampas kawasan. Bukan Benayoun je di "boo", Bosingwa pun kena. LOL. Apa pun, pasti Benayoun serik nak datang ke Malaysia selepas ini.

Pepatah minggu ini: Kerana nila setitik, rosak maggi semangkuk. ;)

GOL KONTROVERSI MEMBANTU CHELSEA

Seriously, game Malaysia vs Chelsea memang hambar sebagaimana footballcrazie mengantuk melihat aksi Portsmouth vs Chelsea minggu lepas. Namun, oleh sebab semangat patriotisme, footballcrazie teruskan melihat game tersebut + tiket free. LOL. Lokasi footballcrazie betul-betul di sudut tepi tiang gol Malaysia ketika Didier Drogba melakukan free kick yang terkena tiang sebelum bounce kat belakang goalkeeper Malaysia, Izzat Izham Tarmizi. Namun pujian harus diberikan kepada skuad kendalian Ong Kim Swee. Malaysia setaraf dengan Chelsea kalau nak diikutkan game semalam. Apa pun, jom saksikan gol percuma hasil daripada ehsan linesman kepada the Blues. ;)




p/s: Kagum melihat aksi Farizal Marlias pertahankan gawang Malaysia. Terbaik daripada ladang. ;)

21 July 2011

STREAMING MALAYSIA VS CHELSEA



Jangan lupa menyaksikan perlawanan live hanya di footballcrazie. FYI, livescreening ini bermula tepat pada waktu siaran perlawanan. Jadi, korang semua jangan bimbang jika 5 minit sebelum game, macam-macam channel tersiar. ;)

LIVE UPDATED!! ( Malaysia vs Chelsea ) 8:45 PM


Jangan lupa saksikan perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Chelsea hanya di LIVE!! Footballcrazie harap Malaysia bakal mempamerkan aksi yang terbaik begitu juga dengan Chelsea. ;)

LUKAKU BAKAL MENJADI MILIK THE BLUES

Nampaknya, fans Chelsea cuma perlu menunggu sahaja ketibaan Romelu Lukaku, 18, di Stamford Bridge. Ini kerana agent mamat ni telah pun berada di London untuk berbincang dengan Chelsea FC berkenaan yuran perpindahan Lukaku ke Stamford Bridge. Nilai Lukaku dianggarkan sebanyak £18 juta. Nemyar? LOL. Padan muka Brazil. Kini, Paraguay tengah berentap dengan Venezuela. Footballcrazie harap Paraguay menang game ini. Footballcrazie sokong Paraguay sebab Larissa Riquelme cara permainan mereka yang mantop. ;)

20 July 2011

BANNER MBAS SIAP DIPASANG

Semalam berlangsungnya upacara memasang banner gergasi MBAS di Stadium Bukit Jalil. Jadi, korang semua jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan banner khas ini sempena perlawanan Malaysia vs Chelsea pada malam esok. Berikut merupakan gambar-gambar banner MBAS daripada pelbagai sudut :

MINI CONTEST PES2011 ANJURAN MBAS

Buat julung kalinya MBAS akan mengadakan Pertandingan PES2011 Piala MBAS yang akan dilangsungkan di Mc Donald's Jalan Pahang bermula pukul 8.30 malam sehingga 1.00 pagi. Pertandingan ini diadakan bersempena Chelsea Asian Tour 2011 yang mana rakan-rakan Chelsea dari seluruh negara akan mula hadir ke Kuala Lumpur seawal 19hb untuk menyaksikan latihan pasukan Chelsea.

Justeru itu kelapangan masa sementara menantikan perlawanan persahabatan Chelsea menentang pasukan negara kita, pihak admin MBAS dengan kerjasama MBAS Kedah bergabung tenaga menganjurkan pertandingan ini bagi meraikan dan mengisi kelapangan masa rakan TENTERA BIRU yang datang dari jauh.

19 July 2011

LIVE UPDATED!! ( Peru vs Uruguay ) 8:45 AM

Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan separuh akhir antara Peru vs Uruguay pukul 8.45 pagi. Tonton siaran ini secara langsung hanya di LIVE!! Footballcrazie predict Paraguay akan menentang Uruguay masa final nanti. ;)

PELUANG PEMAIN PORTO KE CHELSEA TIPIS

Andre Villas-Boas mengeluarkan kenyataan media semalam dengan memberitahu bahawa beliau tidak mengharapkan bekas anak buahnya di Porto akan sertai jejak langkahnya ke Stamford Bridge. Nama-nama seperti Hulk, Joao Moutinho, Rolando dan Radamel Falcao telah lama dikaitkan dengan Chelsea sejak AVB menjadi manager ke-27 Chelsea FC pada 22 Jun 2011. Beliau berkata :


"Porto memiliki para pemain yang mantop dan berkualiti tinggi namun mereka juga terkenal dengan meletakkan harga yang tinggi untuk pemain mereka. Jadi, ia merupakan suatu tugas yang sukar untuk kami memasuki pasaran mereka."

Bagus, selain mahu melakukan perubahan kepada Chelsea, AVB turut bijak berbelanja despite owner Chelsea memang kaya dan tidak kedekut untuk beli mana-mana pemain.


KTBFFH

THIBAUT COURTOIS SELANGKAH KE CHELSEA

Andre Villas-Boas telah sahkan bahawa penjaga gol kelab Belgium, Genk iaitu Thibaut Courtois telah menjalani medical check-up. Jika segalanya berjalan lancar, Courtois akan melengkapkan perpindahan £7.9 juta ke Chelsea. Ini juga bakal menjadi pemain pertama yang sign kontrak di bawah kendalian AVB. Boas berkata :


"Buat masa ini dia tengah menjalani pemeriksaan kesihatan tetapi belum menjadi pemain rasmi Chelsea. Jika dia menjadi pemain Chelsea pada hari ini, Thibaut Courtois tidak akan sertai Chelsea Asian Tour 2011."

Erm, terbaik. At least ada juga pelapis untuk Petr Cech. Nak harapkan Turnbull dan Hilario? Baik ambil KFCM jer. ;)

DEAL OR NO DEAL ?

Setelah bosan nak hold Cesc Fabregas, akhirnya Arsenal mengambil kata putus dengan meletakkan harga sebanyak £40 juta untuk Cesc. Ini bermakna, Barcelona perlu membayar tag harga tersebut jika benar-benar mahukan Fabregas. Barcelona diberi dua minggu untuk membuat keputusan sebelum tawaran ini ditutup. 

p/s: Pergh, semua players dah makin tinggi harga sekarang ni. Paling tak leh blah harga Javier Pastore. Bukan power pun mamat tu, McEachran lagi best. ;)

18 July 2011

PARAGUAY TEWASKAN BRAZIL? YES!!!

Apa dah jadi kepada pasukan pilihan utama seperti Argentina dan Brazil. Mereka masing-masing dikejutkan dengan kekalahan kepada pasukan underdog. Memang satu kejutan untuk Copa America kali ini. Terbaru, Brazil kalah mengejut dengan Paraguay setelah tamat perlawanan dengan seri tanpa jaringan sehingga membawa kepada penentuaan sepakan penalti. Paling OMG, semua sepakan penalti yang diambil oleh pemain Brazil ke laut. Apa yang telah terjadi? Footballcrazie rasa sebab pemain Brazil termakan janji manis Larissa Riquelme. LOL. ;)

p/s: Pasukan Chelsea dijangka tiba di Malaysia tengah hari ini dan akan menginap di One World Hotel di Bandar Utama, Kuala Lumpur. ;)

JERSI BERJAYA DIHANTAR

Finally, hari ini footballcrazie telah pun berjaya mengepost baju yang telah ditempah oleh para pelanggan. Namun, out of 64 yang tempah, cuma 47 yang berjaya diedarkan. Ini kerana jersi telah kehabisan stok. Antara jersi yang habis ialah jersi Chelsea away dan semua jenis jersi yang bersaiz ladies cutting. Footballcrazie ingin meminta maaf kepada para pelanggan semasa urusniaga ini berlangsung. Segala wang telah pun dikembalikan. Insyaallah, footballcrazie akan membuka semula tempahan apabila stok betul-betul mencukupi. Akhir kata, yang baik itu dari Allah S.W.T dan yang buruk itu daripada pekedai itu sendiri.  ;)

16 July 2011

LIVE UPDATED!! ( Portsmouth vs Chelsea ) 10:00 PM


Jangan lupa saksikan perlawanan persahabatan kedua Chelsea menentang Portsmouth hanya di LIVE!! Footballcrazie harap Chelsea bakal mempamerkan aksi corak menyerang yang awesome. ;)

p/s: Tak sabar nak tengok perancangan Andre Villas Boas.
Related Posts with Thumbnails