04 February 2011

JERSI TORRES LARIS

Menurut pembekal, jualan jersi Fernando Torres untuk pasukan Chelsea amat memberangsangkan. Permintaan untuk jersi yang tertera nama Torres beserta no.9 naik 40% berbanding ketika Torres tiba di Liverpool pada 2007. Pengarah urusan Kitbag.com, Ray Evans, berkata :


"Ia adalah menarik untuk melihat samada Torres boleh kekalkan popularitinya dikalangan penyokong Chelsea serta Carroll di Liverpool."

KTBFFH

SELAMAT DATANG DAVID LUIZ

David Luiz mungkin tidak akan diturunkan untuk debut Chelsea menentang Liverpool sebab terpaksa pulang ke Brazil Rabu lepas untuk menyiapkan permit kerja mereka. Luiz, 23, dijangka akan pulang ke London pada hari ini. Wakil daripada Chelsea beritahu bahawa ini adalah prosedur yang biasa yang harus ditempuh oleh mana-mana individu. Adakah Luiz akan turun lawan Liverpool? Luiz berkata :


"Saya harap boleh bermain secepat mungkin. Saya boleh diturunkan esok jika diperlukan. Tiada masalah dengan kecergasan. Saya mempunyai keazaman yang tinggi untuk sesuaikan diri dengan pasukan baharu."

Luiz juga lega sebab dapat berpasukan dengan Fernando Torres berbanding menentangnya. 


KTBFFH

AMANAT PENGERUSI CHELSEA FC

Pengerusi Chelsea FC, Bruce Buck gembira sebab Chelsea berjaya bawa masuk Fernando Torres dari Liverpool sejak sekian lama mencuba. Buck berkata :


"Ini merupakan detik yang bermakna buat Chelsea sebab berjaya mendapatkan pemain berkelas dunia. Kami dah lama idamkan saat ini. Torres merupakan pemain yang mempunyai rekod jaringan gol yang baik. Saya harap penyokong Chelsea gembira dengan keputusan ini."

Terima kasih , Abramovich. Selepas ini, memang terbaik la prestasi Chelsea. =) 

KTBFFH
Related Posts with Thumbnails