22 January 2011

LIVE UPDATED!! ( Wolverhampton Wanderers vs Liverpool ) 8:45 PM


Jangan lupa layan perlawanan ini hanya di LIVE!!

CHELSEA UNTUK DANIEL ALVES ?

Manchester City dan Chelsea dalam keadaan bersedia selepas Daniel Alves menolak kontrak baru yang ditawarkan oleh Barcelona. Alves menolak Barcelona sebab kelabnya itu enggan menawarkan gaji sebaris dengan gaji pemain ternama mereka. Alves, 27, mempunyai baki kontrak selama 18 bulan mengugut untuk keluar dari Nou Camp jika kemahuannya ditolak. Erm, Ancelotti, macam mana?

TARGET SETERUSNYA ---- SIMON KJAER

Chelsea kini dah membuat permintaan untuk mendapatkan pemain pertahanan Wolfsburg, Simon Kjaer setelah the Blues gagal mendapatkan David Luiz dari Benfica. Chelsea turut membida Joleon Lescott tetapi Manchester City mahu lebih daripada RM 42 juta. Carlo sebelum ini memang berminat untuk dapatkan pemain berasal dari Denmark ini dan pernah cuba bida mamat ini ketika dia bermain dalam skuad Palermo untuk dibawa masuk ke AC Milan.


KTBFFH

TERRY & LAMPARD CEDERA

Berita buruk, Frank Lampard dan John Terry dikatakan masih belum pasti samada bakal diturunkan menentang Bolton Ahad nanti. Lampard mengalami masalah buku lali manakala John Terry sakit belakang. Apa pun, kita berharap dua pemain ini boleh beraksi .


KTBFFH

CHELSEA 2 - ARSENAL 1

Chelsea telah berjaya ke mara ke pusingan ke-5 FA Youth Cup pada Khamis lepas setelah menewaskan Arsenal dengan 2-1. Terima kasih kepada Milan Lalkovic yang menjaringkan gol kemenangan di masa tambahan. Beraksi dihadapan 25,000 penyokong di Stamford Bridge, the Gunners mendahului seawal minit ke-2 hasil gol sendiri daripada Billy Clifford. Namun, penyerang berbangsa Slovakian, Lalkovic menyamakan kedudukan 5 minit selepas separuh masa ke-2 bersambung. Diikuti gol kemenangan di masa tambahan untuk mengesahkan kemenangan Chelsea. Josh McEachran bermain sepanjang 90 minit.


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails