23 March 2011

KALAU TIADA ANGIN, MASAKAN ....

...masakan mamak langsung tak sedap pokok bergoyang. Itulah pepatah yang mungkin sesuai untuk entri ini. Abramovich dikatakan masih berhubung dengan Mourinho dan mungkin akan membawa masuk Mourinho jika Ancelotti gagal meraih sebarang silverware musim ini. 

Namun, aku akan lebih terkejut jika Ancelotti berjaya membawa trofi Champions League dan masih lagi dipecat. =) Apa pun, aku masih sayangkan Ancelotti berbanding Jose Mourinho. Terutama apabila TSO kutuk Didier Drogba di entri JOSE MOURINHO : DIDIER SEORANG DIVER!!!

CHELSEA MENANG LAGI PENTING - TORRES

Ketika media bolasepak di Malaysia mencari-cari dan juga mengutuk Torres yang masih belum jumpa gol, Torres dengan tenang beritahu bahawa keutamaan adalah agar Chelsea menang daripada dia menghasilkan gol. Torres berkata :


"Saya tidak risau tentang gol saya, yang penting Chelsea menang. Ia isu untuk akhbar bukan kepada saya."

Media massa di Malaysia memang tersohor dengan sikap bias mereka yang menyokong Manchester United. Ketika Chelsea menang penalti, bersepah artikel keluar tak puas hati. Time Manchester United menang gol sampah tak pernah pula mereka komen. Maybe wartawan dia tu fans Manchester United. LOL.

PEMAIN YANG MUNGKIN KAMU JUAL ?

Sekiranya kamu adalah orang yang mempunyai kuasa dalam Chelsea FC, siapakah pemain Chelsea yang kamu akan jual untuk transfer window nanti? Siapa pula pemain yang akan kamu beli? Kalau aku, aku akan jual Bosingwa, Ferreira, Mikel, Malouda dan Turnbull. Untuk beli pula aku rasa perlukan seorang left back dan attacking midfielder.  Sila tinggalkan komen kat bawah ye... =D
Related Posts with Thumbnails