02 October 2011

JOSE BOSINGWA AKAN DIKEKALKAN DI CHELSEA SEHINGGA 2013


Berita baik! Jose Bosingwa mungkin akan dikekalkan di Stamford Bridge sekurang-kurangya setahun lagi. FYI, kontrak Bosingwa akan tamat pada musim panas tahun depan. Di era Ancelotti, kedudukan Bosingwa agak tergugat apabila Ancelotti cenderung untuk meletakkan Ivanovic sebagai right back. Namun, setelah AVB menjadi manager ke-27 Chelsea, Bosingwa kembali menjadi pilihan utama posisi tersebut. Peluang itu tidak dibazirkan oleh Bosingwa dengan banyak membantu jentera serangan Chelsea. Dalam masa yang sama, kontrak Didier Drogba juga akan turut dilanjutkan untuk satu tempoh yang belum diputuskan lagi. AVB berkata bahawa pemain seperti Drogba harus dikekalkan kerana mempunyai emotional values bagi fans the Blues dan kelab.

Apa pun, footballcrazie berharap dengan berita gembira ini bakal meningkatkan motivasi mereka untuk berbakti kepada Chelsea FC. Jangan lupa menyaksikan perlawanan antara Bolton Wanderers vs Chelsea tepat pada pukul 8.30 malam waktu Malaysia hari ini.


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails