Buat julung kalinya Andre Villas-Boas akan muncul di hadapan para wartawan tepat pada pukul 4.30 petang waktu Malaysia. Villas-Boas dijangka akan menamakan backroom staff dan perancangan beliau untuk kempen the Blues musim depan. Korang bertuah kerana footballcrazie mendapat lampu hijau daripada CFC untuk mendapatkan coverage press conferences. LOL. Sidang media ini akan bermula tepat pukul 4.30 petang nanti. So, jangan lepaskan peluang ini. =)
Abis tengok ni, pukul 7 bergerak ke Stadium Bukit Jalil menyaksikan game Malaysia vs Taiwan. Kepada sesiapa yang keliru nak laungkan chanting apa malam karang, footballcrazie dah jumpa chanting yang membolehkan seluruh skuad Taiwan termasuk backroom staff mereka lemah semangat. Check it out!
Apa dah jadi kepada Samir Nasri? Terbaru, Nasri kelihatan sugul ketika menggayakan jersey away the Gunners. Nasri macam tak enjoy ketika sessi penggambaran atau memang dia ni tak pandai bergambar? Macam yang kita tahu, hubungan Nasri dengan Arsene Wenger tak berapa elok. Nasri enggan sign kontrak baru bersama Arsenal. Hrm, apa perancangan Nasri? Takkan merajuk sebab nak join Manchester United kot? =)
Lagi laporan yang merepek macam kerepek bagi footballcrazie. Real Madrid meminta Neymar agar lupakan sahaja angan-angan untuk ke Santiago Bernabeu jika dia enggan memotong rambut ayam seramanya itu. Hal ini kerana, Real Madrid mahu membaiki imej Neymar dah lama tercemar akibat tindakan mamat ni yang panas baran dan ego. Insiden terbaru mamat ini ialah ketika terlibat dengan rusuhan perlawanan final Copa Libertadores, Santos vs Penarol. Sanggupkah Neymar mengorbankan rambut trademarknya demi Real Madrid?
p/s: Cuba bayangkan David Luiz buat rebonding. LOL.