19 April 2011

LIVE UPDATED!! ( Newcastle United vs Manchester United ) 2:45 AM


Adakah Newcastle United boleh kalahkan Manchester United yang baru je tewas dengan Manchester City? Jom layan game ini dekat LIVE!! =)

TORRES AKAN SCORE SEBELUM MUSIM TAMAT - ANCELOTTI

Carlo Ancelotti beritahu bahawa beliau yakin Fernando Torres akan menamatkan kemarau gol nanti. Hopefully sebelum season ni berakhir. Dah 12 game Torres belum score. Satu rekod yang tak senang duduk buat seorang striker. Ancelotti berkata :


"Torres akan menamatkan kemarau gol. Kami tidak menjalani latihan insentif khas untuk Torres. Dia berlatih sebagaimana penyerang yang lain lakukan."

Chelsea akan melayan kunjungan Birmingham City pada 21/4/2011, pukul 2.45 pagi waktu Malaysia. Kita tengok macam mana aksi Torres pula nanti. Adakah game itu akan menamatkan kemarau gol si Torres?

REAL MADRID MAHU ANCELOTTI?

Real Madrid dikatakan akan mengambil Ancelotti jika Jose Mourinho letak jawatan. Siapa kata Jose Mourinho tenang di Santiago Bernabeu? Terbaru, Mourinho dikutuk oleh lagenda Real Madrid, Alfredo Di Stefano kerana tektikal yang diambil oleh beliau untuk menentang Barcelona yang berkesudahan seri 1-1. AS Roma turut mahu mendapatkan khidmat Carlo Ancelotti. Apa pun, kita tunggu dipenghujung musim nanti.
Related Posts with Thumbnails