31 March 2011

SANTOS HARAP NEYMAR BATALKAN NIAT

Santos berharap agar Neymar tidak terburu-buru untuk membuat keputusan berhijrah ke Chelsea di jendela perpindahan pada musim panas nanti. Manakala presiden Santos, Ribeiro de Oliveira berpendapat bahawa Neymar perlukan masa lagi sebelum beraksi di pentas Eropah. Ribeiro berkata :


"Bermain di England tidak sama seperti bermain di Santos. Ia kerana cuaca serta cara permainan mereka. Namun, saya percaya dia bakal menjadi pemain ternama seperti lagenda Brazil, Pele."

Apa pun, kita tunggu keputusan Neymar itu sendiri. Aku rasa lama-kelamaan Santos tetap akan lepaskan mamat ni. Yelah, buat apa simpan pemain yang tidak gembira semasa beraksi untuk kelab. =D

30 March 2011

DR. JEKYLL DAN MR. HYDE

David Luiz akui personaliti dia berubah apabila menyarung jersi Chelsea. Selepas game tamat, dia akan kembali normal kepada perwatakan asalnya. Luiz berkata :


"Apabila saya menyarung jersi, personaliti saya berubah. Saya sukakan cabaran dan lasak. Kadang-kadang saya hilang sabar. Tetapi di luar padang, saya amat pendiam. Saya lebih suka tinggal di rumah serta menghabiskan masa dengan keluarga."

Fuh, memang berbeza perwatakan David Luiz ini. Erm, takkan tak keluar clubbing kot? LOL

COME AND GET ME - NEYMAR

Kali ini nampaknya Neymar betul-betul meninggalkan mesej supaya dapatkan dia dari Santos. Selepas menjadi wira menjaringkan dua gol untuk menewaskan Scotland, Neymar berkata :


"Chelsea adalah kelab yang bagus. Jika suatu hari terdapat tawaran, saya akan gembira untuk ke sana. Jika terdapat lagi tawaran dari Chelsea, kami akan duduk berbincang."

Terbaik, itulah mesej 'come and get me' daripada Neymar. Mungkin hati dia tergerak apabila tengok rakan-rakan lain seperti Ramires dan David Luiz berjaya di Chelsea. =) 

29 March 2011

DAH LAMA SAYA IDAM BERMAIN UNTUK CHELSEA - DAVID LUIZ

David Luiz bertekad untuk mengharumkan nama Chelsea di persada dunia. Dia mahukan sejarah kegemilangan Chelsea berulang lagi tatkala dia masih menyarung jersi the Blues. Luiz berkata :


"Saya mungkin akan sertai kelab lain namun Chelsea tetap dihati saya. Chelsea menjadi pilihan utama saya sejak mereka berminat untuk dapatkan saya. Mereka mempunyai pemain yang terbaik. Dengan pemain seperti itu, permainan kamu akan meningkat."

Terbaik lah David Luiz. Kita tunggu aksi dia untuk game Stoke City vs Chelsea pula pada 3 April 2011 nanti. =D

AGENDA TERSEMBUNYI JOHN TERRY ?

John Terry beritahu media bahawa dia gembira dapat bekerjasama dengan defender Tottenham Hotspur, Michael Dawson tempoh hari. Terry berkata :


"Dawson telah menimba banyak pengalaman berharga dalam Champions League. Dia mempunyai masa depan yang bagus bersama England. Dia harus diberi peluang untuk menyerlah."

Beri peluang dekat sini bermakna singkirkan Rio Ferdinand ke? LOL

28 March 2011

SIAPA JAVIER PASTORE ?

Javier Matías Pastore dilahirkan pada 20 Jun 1989, merupakan pemain bolasepak dari Argentina dan kini bermain di Serie A iaitu Palermo. Dia seorang attacking midfielder, macam Lampard jugak cuma mempunyai kelebihan gelecek dan ketinggian 1.89 meter. Teamwork Pastore pun memang terbaik dan tidak berlagak macam Neymar. Meskipun ramai memuji aksi Neymar, namun bagi aku, Neymar diibaratkan seperti Mario Balotelli. Sukar bekerjasama serta keras kepala. 

Ok, berbalik kepada Pastore. Mamat ni pernah dapat anugerah Pemain Muda Terbaik di Serie A untuk 2010. Kalau nak diikutkan, kontrak Pastore ni akan tamat pada 30 Jun 2014. Jadi, itu sudah membuktikan kemampuannya. Apa pun, sila layan klip video aksi Pastore kat bawah yer. =)






As requested by aQi + GenGkey. =D

PENDEDAHAN ZAMPARINI

Presiden Palermo, Zamparini membuat pendedahan bahawa Ancelotti memang meminati Javier Pastore. Ancelotti cuba membawa Pastore ke AC Milan namun Palermo pantas menyambar bintang remaja Argentina itu. Chelsea juga telah menghubungi Zamparini untuk menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan Pastore, namun sekali lagi Zamparini berkeras tidak mahu jual Pastore. Fuh, transfer players ni macam jual orang pun ada. Kena lapor dekat Akta Pemerdagangan Manusia ni. LOL

LIVERPOOL SEMAKIN UNGGUL TANPA TORRES - GERRARD

Kapten Liverpool, Steven Gerrard berkata bahawa Liverpool semakin mantap setelah Torres keluar dan disusuli dengan kemasukan dua pemain baru mereka iaitu Carroll dan Suarez. Gerrard berkata :


"Jika diberi pilihan antara Torres on-form dengan dua penyerang baru yang on-form, saya akan memilih dua. Bermain dengan dua penyerang lebih baik. Para pemain hampa apabila Torres meninggalkan Liverpool, namun kami menghormati keputusannya."


Erm, lepas ni mungkin Liverpool akan hampa lagi sebab Pepe Reina pun mahu tinggalkan the Kops jika tidak layak ke Champions League musim depan. Kita tunggu.... Kepada Mr. Anonymous, aku keluarkan entri ini sebab Gerrard ada mention nama "Fernando Torres". Bukan sebab aku fans lalang yang pakai nama Anonymous untuk komen sampah anda itu. =D

27 March 2011

LIVE UPDATED!! ( Brazil vs Scotland ) 9.00 PM

Kepada sesiapa yang masih angau dengan aksi David Luiz dan Ramires tempoh hari, anda masih boleh sambung angau anda malam ini hanya di LIVE!!

IKER CASSILAS DAN DAVID VILLA SOKONG FERNANDO TORRES

Pemain Sepanyol, Cassilasa dan Villa percaya Fernando Torres akan dapat menjaringkan gol dalam masa terdekat. Villa berkata :


"Kami mahu melihat perubahan yang berlaku terhadap dia di Chelsea. Torres mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan kelab, rakan serta suasana yang baru."


Kepada fans Chelsea diluar sana, sabar yer. Kita simpan harapan untuk game Stoke City vs Chelsea pada 3 April pula. =D

KENAPA PILIH JOHN TERRY ?

Tahniah buat pasukan England sebab menang bergaya 2-0 tanpa berbalas daripada pasukan Wales. Di awal game lagi pasukan England kena 'boo' daripada hooligan Wales. Lepas gol jer, senyap terus mereka. Kepimpinan John Terry memang ketara dalam game semalam. Malah, Fabio Capello sendiri menjawab kenapa John Terry dipilih sebagai kapten bukan Lampard, Rooney, Parker atau Daudsu Dawson. Capello berkata :


"Faktor utama kenapa John Terry dilantik balik sebagai kapten England adalah kerana pengalaman. Namun, saya akan jelaskan kepada Rio Ferdinand di atas keputusan saya ini."

Memang tak dinafikan Rio Ferdinand mesti malu besar sebab armband jatuh ke tangan John Terry balik. Susahlah dia nak dapat balik selepas ini. =p

DAVID LUIZ SEPERTI PEMAIN ARSENAL




"Luiz ideal jika bermain untuk Arsenal. Kami lega sebab dapat pemain seperti ini. Apa yang saya maksudkan ialah gaya permainan dia seperti seorang pemain Arsenal. Dia mampu bermain di mana-mana posisi."

Itu merupakan komen Lampard. Anda pula bagaimana? 

HIGHLIGHT UPDATED!! KELAYAKAN EURO 2012

Aku dah update semua highlight untuk game semalam. England menang, John Terry perform well. Macam biasa, silalah lompat ke Download Highlight!!

26 March 2011

LIVE UPDATED!! KELAYAKAN EURO 2012

Jangan lupa saksikan game pusingan kelayakan Euro 2012 tepat pukul 11 malam waktu Malaysia diikuti pula dengan pukul 4 pagi esok. Macam biasa, silalah lompat ke LIVE!! Apa pun, tahniah untuk pasukan kebangsaan Malaysia yang berjaya mengikat kedudukan seri 1-1 dengan Etoile FC.

JOHN TERRY KENA BULI

John Terry berkata dia mempunyai sejarah beraksi di Stadium Millennium untuk menentang Wales pada 11 malam ini waktu Malaysia. Last game dia bermain di sana memang menyakitkan. Ketika itu Chelsea menentang Arsenal untuk final Carling Cup, 6 tahun yang sudah. Sila klik read more untuk menyaksikan video insiden tersebut.

ROBIN VAN PERSIE TOUCHING!!

Mungkin itu tajuk entri yang sesuai untuk player the Gunners ini. Van Persie ternyata geram dan terasa apabila banyak media-media tempatan dan luar negara terutama Malaysia yang tidak iktiraf mereka untuk cabaran Premier League. Van Persie makin tabur garam diluka apabila beritahu lagi bahawa Chelsea dan Barcelona sentiasa menyalahkan pengadil jika keputusan tidak memihak kepada mereka. Van Persie berkata :


"Barcelona pasukan hebat namun mereka selalu pergi mengadu kepada pengadil. Perkara sama turut dilakukan oleh pemain Chelsea. Ia amat menjengkelkan serta menggangu perlawanan."


Aku tak faham mamat ni. Manchester United lagi best. Manager sekali pergi dekat pengadil, tapi dia tak mention pun. Aku rasa itu perkara rutin dalam bolasepak. Kalau Van Persie tak nak alami semua itu pergi la main bowling. Tak siapa nak mengadu dekat pengadil. Mungkin kecewa sebab kena red card masa lawan Barcelona tempoh hari. LOL.

BOS TAK NAK JUAL

Presiden Palermo, Maurizio Zamparini bagitau kat media bahawa Pastore ini menjadi rebutan kelab-kelab terkemuka di dunia seperti Barcelona, Real Madrid, Chelsea dan Manchester United. Dia juga berkeras tak nak jual Javier Pastore jika tawaran kurang daripada £40 juta. Zamparini berkata :


"Saya telah berbincang dengan agen Pastore dan ia adalah lebih baik jika dia kekal di Palermo untuk setahun lagi demi meningkatkan mutunya."

Erm, better pergi ke Chelsea la. Tengok, pemain muda yang dapat bermain untuk Chelsea semuanya gempak-gempak. Ramires dan David Luiz pun dah memang on-form sekarang ini. 


KTBFFH

25 March 2011

CHELSEA BURU ATTACKING MIDFIELDER

Ancelotti kini membuat perancangan baru untuk menyuntik killing instinct Fernando Torres dengan mambawa masuk attacking midfielder dari Argentina, Javier Pastore, 21. Palermo letak harga £60 juta. Namun, Chelsea hanya mahu bayar separuh sahaja. Dengan membawa masuk mamat ini, Ancelotti harap agar Pastore mampu menjana kreativiti dibelakang penyerang Chelsea, terutama Fernando Torres. Terbaik. =D

PAULO FERREIRA MAHU BERSARA DI CHELSEA

Defender sebelah kanan Chelsea, Paulo Ferriera, 32, beritahu bahawa dia mahu stay di Chelsea sampai penghujung kariernya. Ferreira dibeli oleh Jose Mourinho daripada Porto sejak 7 tahun yang lepas. Memang lama betul perkhidmatan dia di Chelsea. Namun, aku rasa peluang dia munkin tipis jika Chelsea membeli pemain pertahanan belah kanan yang baru.

Kini, Chelsea dah ada 3 orang defender belah kanan iaitu Ivanovic, Bosingwa dan Ferreira. Jika diberi pilihan siapa seorang pemain yang aku akan jual, aku akan pilih Bosingwa. Bosingwa ni sloppy dan selalu buat stupid mistake. Apa pun, kita tunggu transfer window nanti. =)

24 March 2011

SCORE AWAL TAK SEMESTINYA POWER

Erk, mesti korang semua fikir kenapa gambar Thiery Henry boleh sesat di footballcrazie? Sebenarnya aku cuma nak tekankan bahawa kes Henry ini boleh di gunapakai untuk Fernando Torres. FYI, sejak dia dibeli dari Juventus, Henry tidak menjaringkan sebarang gol dalam 8 game. Lastly, lepas dia jaringkan gol untuk game ke-9, dia telah pun dalam proses menjadi seorang lagenda the Gunners

So, fans semua jangan la risau sebab dia baru 7 game tak gol. LOL. Aku percaya Torres bakal menjadi lagenda Chelsea juga bukan lagenda flop Chelsea macam Shevchenko sebab Torres memang faham benar cara permainan Premier League


KTBFFH

CER CITER..CER CITER

Mesej ini khas untuk fans Liverpool yang begitu excited kerana sempat menjual bekas pemain off-form mereka, Fernando Torres. Kini, mereka berbangga sebab dah ada Luis Suarez dan Andy Carrol. Memang aku tak nafikan Suarez memang terbaik. Namun, itu hanyalah alasan the Kops

Cuba bayangkan diawal transfer window, mereka begitu beria-ia tak mahu lepaskan Torres meskipun bakal membawa masuk pemain cemerlang semasa Piala Dunia 2010, Luis Suarez yang bermain untuk Uruguay. Kini, mereka kutuk pula Torres sebab tak hasilkan gol untuk Chelsea. LOL.

SIAPA KATA BLOGGER TIADA MASA UNTUK KEKASIH ?

Entri ini memang off topic. Footballcrazie nak dating dengan awek di Mid Valley selepas solat Jumaat. Sesiapa yang jumpa aku kat sana, tegur la.

Saja jer post kat sini lepas tu minta awek aku tengok entri ni.. Mesti dia kata aku romantik. =p

DATUK T ADALAH BELLETTI

Dimanakah Julio Belletti sekarang? Sebelum ini footballcrazie pernah keluarkan enti RASMI: BELLETTI KE FLUMINENSE. Sekarang ini dia memang dah tak main untuk Fluminense sebab tak perform. Malah Fluminense sendiri telah tamatkan kontrak mereka bersama Belletti. Jadi, korang semua tahu tak apa perkembangan mamat ni? Kongsilah info. =)

23 March 2011

KALAU TIADA ANGIN, MASAKAN ....

...masakan mamak langsung tak sedap pokok bergoyang. Itulah pepatah yang mungkin sesuai untuk entri ini. Abramovich dikatakan masih berhubung dengan Mourinho dan mungkin akan membawa masuk Mourinho jika Ancelotti gagal meraih sebarang silverware musim ini. 

Namun, aku akan lebih terkejut jika Ancelotti berjaya membawa trofi Champions League dan masih lagi dipecat. =) Apa pun, aku masih sayangkan Ancelotti berbanding Jose Mourinho. Terutama apabila TSO kutuk Didier Drogba di entri JOSE MOURINHO : DIDIER SEORANG DIVER!!!

CHELSEA MENANG LAGI PENTING - TORRES

Ketika media bolasepak di Malaysia mencari-cari dan juga mengutuk Torres yang masih belum jumpa gol, Torres dengan tenang beritahu bahawa keutamaan adalah agar Chelsea menang daripada dia menghasilkan gol. Torres berkata :


"Saya tidak risau tentang gol saya, yang penting Chelsea menang. Ia isu untuk akhbar bukan kepada saya."

Media massa di Malaysia memang tersohor dengan sikap bias mereka yang menyokong Manchester United. Ketika Chelsea menang penalti, bersepah artikel keluar tak puas hati. Time Manchester United menang gol sampah tak pernah pula mereka komen. Maybe wartawan dia tu fans Manchester United. LOL.

PEMAIN YANG MUNGKIN KAMU JUAL ?

Sekiranya kamu adalah orang yang mempunyai kuasa dalam Chelsea FC, siapakah pemain Chelsea yang kamu akan jual untuk transfer window nanti? Siapa pula pemain yang akan kamu beli? Kalau aku, aku akan jual Bosingwa, Ferreira, Mikel, Malouda dan Turnbull. Untuk beli pula aku rasa perlukan seorang left back dan attacking midfielder.  Sila tinggalkan komen kat bawah ye... =D

22 March 2011

7 GAME TANPA GOL

 
Sebelum ini, footballcrazie pernah keluarkan entri 5 GAME TANPA GOL untuk menunjukkan Torres ni dah kemarau gol. Dalam entri tu jugak footballcrazie pernah berjanji tak nak keluarkan entri 6 GAME TANPA GOL. Memang tepat, aku bukan keluarkan entri itu tapi entri 7 GAME TANPA GOL. LOL. Kawan aku, fans Manchester United berkata:


"Aku lebih suka Torres tak score gol sebab bila dia score, nanti lebih banyak yang akan datang."



Nampak tak? Aku pun ternanti-nanti bila gol pertama dan berikutnya. Tungguuuuu..... =D


KTBFFH,

SIAPA KATA ENGLISH DAVID LUIZ TERUK?

Siapa cakap English David Luiz teruk? Memang kita tahu tak ramai pemain fasih berbahasa Inggeris. Namun, bahasa Inggeris David Luiz cukup lancar dan mengagumkan. Dengan usia yang muda, aku agak terkejut dengan penguasaan bahasanya. Kalau tak percaya, sila tengok 2 video yang aku sediakan. Sila klik read more...


21 March 2011

APA FAKTOR KEMENANGAN CHELSEA ?

Semalam memang tidak dinafikan kemasukan 2 orang match-winner ke dalam skuad Chelsea di separuh masa kedua menguatkan jentera serangan the Blues. Hasil tendangan percuma Drogba cepat dan tepat disambar oleh David Luiz. Kesimpulannya, jangan rule out Didier Drogba dan Nikolas Anelka. Jadi, apa pandangan footballcrazie semua?


KTBFFH

HIGHLIGHT UPDATED!! Matchday 30

Seperti yang dijanjikan, aku telah update highlight untuk 2 game semalam di Download Highlight!! Nasib baik 2 lecturer cancel kelas hari ini. Erm, maybe diorang tengok game semalam lepas tu mengantuk lagi kot. LOL. Kalau tak, memang pukul 6 petang karang baru boleh update blog. =)

ANALISIS KENAPA TORRES BELUM HASILKAN GOL ( MESTI BACA!!)

Setelah sekian lama aku berfikir kenapa lah Fernando Torres masih belum hasilkan  sebarang gol. Rupa-rupanya sebab Torres mahu elak daripada mendapat ciuman keramat daripada Carlo Ancelotti. LOL. Aku tengok dalam gambar dekat atas, referee pun meluat tengok. Fans dekat belakang pula siap gelak. =D Highlight perlawanan aku tengah proses. Dalam sejam siap, Insyaallah. Apapun, korang boleh tengok video gol terlebih dahulu di Video.

20 March 2011

LIVE UPDATED!! ( Sunderland vs Liverpool ) 9.30 PM


Jangan lupa menonton aksi Premier League ini hanya di LIVE!! Tepat pukul 12 tengah malam pula game Super Sunday, Chelsea vs Manchester City.

HAPPY BIRTHDAY FERNANDO TORRES

Tanggal 20/3/1984, lahirlah manusia bernama Fernando Torres. Jadi, happy birthday ke-27. Game tengah malam nanti mesti score. =D

SHEVCHENKO PERTAHAN FERNANDO TORRES

Bekas bintang flop Chelsea, Andriy Shevchenko menasihatkan Torres agar jangan terlalu beremosi dengan tanah. LOL. Beliau memberi nasihat kepada Torres agar yakin kepada diri sendiri serta tenang ketika beraksi untuk the Blues. Beliau berkata :


"Torres harus faham. Cara permainan Liverpool dan Chelsea adalah berbeza. Jadi dia harus menyesuaikan diri dengan gaya Chelsea. Segala tekanan berada dibahunya. Namun, dia tidak harus fikirkan semua itu. Gol akan menjelma tak lama lagi. Insyaallah."


Erm, part Insyaallah itu aku yang tambah. =D
Related Posts with Thumbnails