Pihak pengurusan Chelsea kagum dengan progress yang dipamerkan oleh Josh McEachran sepanjang game pra-musim Chelsea. Sebelum mengikuti kem Chelsea untuk Chelsea Asian Tour 2011, McEachran telah sign kontrak lima tahun bersama Chelsea dengan gaji sebanyak £30,000 seminggu. Malah, Roberto di Matteo sendiri memuji kehebatan pemain muda ini. Beliau berkata :
"Josh seorang pemain yang berbakat besar. Sudah lama pemain daripada akademi tidak diturunkan dalam skuad utama. Namun, kali ini dia mampu menembusi benteng itu. Ia satu kemenangan besar untuknya serta England."
Semalam juga McEachran menjaringkan gol seawal minit pertama. Namun masih jauh kalau nak dibandingkan rekod penjaring gol terpantas di dunia yang dipegang oleh penyerang Al-Hilal, Nawaf Al-Abed ketika menentang Al-Shoalah. Korang boleh tengok gol terpantas tu kat bawah iaitu 2 saat..