20 July 2011

MINI CONTEST PES2011 ANJURAN MBAS

Buat julung kalinya MBAS akan mengadakan Pertandingan PES2011 Piala MBAS yang akan dilangsungkan di Mc Donald's Jalan Pahang bermula pukul 8.30 malam sehingga 1.00 pagi. Pertandingan ini diadakan bersempena Chelsea Asian Tour 2011 yang mana rakan-rakan Chelsea dari seluruh negara akan mula hadir ke Kuala Lumpur seawal 19hb untuk menyaksikan latihan pasukan Chelsea.

Justeru itu kelapangan masa sementara menantikan perlawanan persahabatan Chelsea menentang pasukan negara kita, pihak admin MBAS dengan kerjasama MBAS Kedah bergabung tenaga menganjurkan pertandingan ini bagi meraikan dan mengisi kelapangan masa rakan TENTERA BIRU yang datang dari jauh.

Pertandingan ini akan dilangsungkan dengan format 16 pasukan(penyertaan) akan dibahagikan kepada 4 pasukan dan juara serta naik juara akan layak ke pusingan suku akhir dan seterusnya pemenang di suku akhir akan beraksi di peringkat separuh akhir dan begitulah seterusnya. Pertandingan ini akan dilangsungkan 10 MINIT bagi setiap perlawanan dengan setiap peserta HANYA DIBENARKAN memilih pasukan NEGARA. Para peserta hanya dibenarkan memilih satu pasukan sahaja dan tidak dibenarkan menukar kepada pasukan lain setelah itu.

Penyertaan ini ADALAH TERHAD KEPADA 16 penyertaan sahaja dan sekiranya penyertaan tidak mencukupi jumlah yang disasarkan, setiap peserta dibenarkan mendaftarkan diri untuk lebih dari satu penyertaan. Bayaran untuk satu penyertaan hanya RM5 sahaja. Kepada yang berminat untuk menyertai Pertandingan PES2011 Piala MBAS ini bolehlah membuat pendaftaran awal dengan inbox ke FB AJK pertandingan seperti berikut :

  • Mohd Ellmy Yusri Ismail (no tel 0136682329/0136363483)
  • Zamaroul Exthimy ( no tel 0174484639)

Pemenang tempat pertama dan kedua bakal membawa pulang piala, t-shirt MBAS dan juga cenderamata Chelsea. Jadi, ayuh sertai contest ini.

P/S : Pertandingan ini juga terbuka kepada bukan fans Chelsea asalkan mereka bukan fans Manchester United. LOL.
Comments
0 Comments

0 fOOtbaLLcRaziEr's:

Related Posts with Thumbnails