26 May 2011

NEYMAR MAIN TARIK TALI

Nampaknya, Neymar sekali lagi cuba bermain tarik tali dengan Chelsea apabila mengeluarkan mesej "come and get me" melalui media. Pada musim lepas, mamat ni turut melakukan perkara yang sama. Namun, memilih untuk kekal di Santos setelah mendapat nasihat daripada lagenda Brazil, Pele. Apa pun, kali ini Neymar betul-betul mahu berhijrah ke Stamford Bridge setelah menyaksikan geng bas sekolahnya, Ramires dan David Luiz cemerlang di Chelsea. Neymar berkata :


"Saya gembira sebab minat yang ditunjukkan oleh Chelsea untuk mendapatkan saya. Namun, pada waktu itu saya rasa adalah lebih elok untuk kekal di Santos. Saya telah bercakap dengan Ramires dan David Luiz, mereka berkata England merupakan tempat yang bagus serta indah."

 Terbaik, tak sabar nak tengok adakah Neymar mampu survive di Premier League? Ye lah, sebab di Premier League stock main tackle kasar. =D
Comments
2 Comments

2 fOOtbaLLcRaziEr's:

Azriff Azmi said...

Chantek la kalo jadi...
Luiz passing kat Ramirez.. pas2 Ramirez tru ball kat Neymar.. Neymar glecek skit try shoot.. Keeper tepis.. Bola muntah..
N then Torres sambar.. Dan Gooooool!!!!
Hehe..(apabila aku mula berimiginasi)
(^__^)

yo87 said...

@Azriff Azmi

Dapat kepada Hassan, masih lagi Hassan, kepada Neymar..goal... hahahaa

Related Posts with Thumbnails