26 May 2011

TERBAIK !! AGUERO BUKAN UNTUK REAL MADRID

Berita terbaik dari ladang. GM Atletico Madrid, Miguel Angel Gil Marin memberitahu bahawa dia telah pun bercakap mengenai kemungkinan Real Madrid berminat terhadap Sergio Aguero dengan Presiden Real Madrid sendiri, Florentino Perez. Hasilnya, Perez memberitahu bahawa Real tidak berminat untuk mendapatkan Aguero. Ini menjadikan Aguero kembali menjadi target utama Chelsea dan Machester City yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan penyerang Argentina bernilai £40 juta ini.


p/s: Real Madrid pecat GM mereka, Jorge Valdano sebab tak sebulu dengan Jose Mourinho. Di Chelsea? Lu pikir la sendiri. ;p 
Comments
0 Comments

0 fOOtbaLLcRaziEr's:

Related Posts with Thumbnails