Nampaknya, Neymar sekali lagi cuba bermain tarik tali dengan Chelsea apabila mengeluarkan mesej "come and get me" melalui media. Pada musim lepas, mamat ni turut melakukan perkara yang sama. Namun, memilih untuk kekal di Santos setelah mendapat nasihat daripada lagenda Brazil, Pele. Apa pun, kali ini Neymar betul-betul mahu berhijrah ke Stamford Bridge setelah menyaksikan geng bas sekolahnya, Ramires dan David Luiz cemerlang di Chelsea. Neymar berkata :
"Saya gembira sebab minat yang ditunjukkan oleh Chelsea untuk mendapatkan saya. Namun, pada waktu itu saya rasa adalah lebih elok untuk kekal di Santos. Saya telah bercakap dengan Ramires dan David Luiz, mereka berkata England merupakan tempat yang bagus serta indah."