09 April 2011

JOHN TERRY LANTIK KAPTEN BARU CHELSEA?

Pertama sekali, ok tak tajuk entri tu? Aku pun confuse. Apa pun, John Terry secara terbuka beritahu bahawa David Luiz adalah calon yang sesuai untuk gantikan dia sebagai kapten Chelsea suatu hari nanti. FYI, John Terry menjawat jawatan kapten the Blues sejak 2004. Sebelum ini, beliau tidak pernah menamakan mana-mana individu sebagai gantinya. Tapi, ini lain pula. Terry berkata :


"Luiz amat menyerlah di padang serta menggamatkan suasana di kem latihan. Dia seorang pemain yang mahu belajar. Saya yakin dia mungkin akan menjadi kapten Chelsea suatu hari nanti."

Erm, apa ilmu guna-guna David Luiz pakai sampai John Terry pun tunduk dengan Luiz? Yang semestinya, aku memang respect Luiz. Dia begitu cepat sesuaikan diri dengan gaya permainan di Premier League. Even, fans Manchester United pun ketar kepala lutut jika mamat ni boleh main lawan mereka. Terbaik.
Comments
4 Comments

4 fOOtbaLLcRaziEr's:

Jimie SC said...

dia matured beb..tu yg org percaya kat dia..

yo87 said...

yup. terbaik. sampaikan ada pepatah pula, siapa nk bolos gol chelsea kena lepas David Luiz. Kalau lepas confirm gol. Macam Walter stoke city tempoh hari..

aHMaDkEy said...

yang pasti.,david luiz ni cukup tenang..tu yang best nye beliau ni..

yo87 said...

tu la pasal, muda-muda dah power.

Related Posts with Thumbnails