28 April 2011

BANTUAN DARIPADA DANIEL STURRIDGE

Percaya atau tidak, Daniel Sturridge telah membantu Chelsea untuk kurangkan jumlah persaingan. Kini, saingan BPL tertumpu kepada Manchester United dan Chelsea sahaja. Terima kasih kepada Sturridge yang menjadi duri dalam daging kepada Arsenal. Sejak menyertai Bolton Wanderers secara pinjaman, Sturridge telah pun menjaringkan 7 gol daripada 9 game. Sturridge berkata :


"Saya rasa saya telah menolong rakan-rakan di Chelsea. Baki 4 game lagi merupakan saat-saat genting. Namun, saya harap Chelsea mampu memenangi trofi sekali lagi pada musim ini. Saya juga gembira Torres sudah menemui sentuhannya."


Selepas ini, Sturridge terpaksa bersaing dengan Torres, Anelka dan Drogba untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama. Persaingan yang menarik, tetapi jangan la tamak kalau ada peluang gol yang lagi bagus untuk rakan sepasukan.

p/s: Mesej itu ditujukan kepada Didier Drogba. =)
Comments
2 Comments

2 fOOtbaLLcRaziEr's:

esprsso__ said...

err tak tahan tu ayat last. kalau lah drogba faham bahasa melayu. hahah

yo87 said...

@saye.mejai

hehe, mana tau dia singgah sini. LOL

Related Posts with Thumbnails