01 March 2011

JANJI TORRES

Perlawanan malam ini dan awal pagi esok adalah yang terbaik bagi dua pasukan aku iaitu Kelantan vs Negeri Sembilan  dan juga Chelsea vs Manchester United. Apa pun, sebab ini blog pasal Chelsea, aku tak akan cerita tentang The Red Warriors. =D Awal pagi esok, tepat pukul 3.45 pagi, Chelsea akan menerima kunjungan Manchester United. Antara pemain Chelsea yang bakal menjadi tumpuan semestinya Torres. Sebelum ini kita memang tahu bahawa Torres memang tiada masalah berdepan dengan defender kental Manchester United, Nemanja Vidic. Torres berkata :


"Untuk perlawanan ini, saya harapkan Rio Ferdinand turun sama. Namun, ia takkan berlaku. Bagi saya, bermain menentang mereka adalah satu cabaran. Saya sukakan cabaran."

Torres juga beritahu yang dia kini sudah mengenali cara permainan Drogba dan Anelka. Baguslah, lepas ini bolehlah ayam Manchester United. =p
Comments
0 Comments

0 fOOtbaLLcRaziEr's:

Related Posts with Thumbnails