06 August 2010

RAMIRES BERPINDAH KE CHELSEA


LISBON - pemain pertahanan kebangsaan Brazil, Ramires kini sedia untuk beraksi bersama juara Liga Perdana England, Chelsea menerusi perpindahan dengan nilai 22 juta euro dari Benfica.Persetujuan dicapai selepas pemain berusia 23 tahun itu disahkan lulus ujian kesihatan. ''Benfica telah bersetuju melalui perjanjian yang diadakan bersama Chelsea untuk menjual Ramires pada harga 22 juta euro. Ramires menyertai Benfica pada musim lepas dengan kontrak selama tiga tahun.

Perpindahan tersebut memberi komplikasi dalam Benfica kerana hanya menguasai 50 peratus kepentingan kepada pemain sedangkan 50 peratus lagi dimiliki oleh seorang ahli perniagaan warga Britain. Kehadiran Ramires dalam Chelsea pasti akan memberikan cabaran yang lebih besar kepada pasukan lain yang ingin merampas kejuaraan daripada juara bertahan itu.

Sumber : Utusan
Comments
0 Comments

0 fOOtbaLLcRaziEr's:

Related Posts with Thumbnails