24 May 2010

PENGGANTI FLORENT MALOUDA


Sylvain Marveaux, 23, merupakan seorng attacking midfielder yg slalu main belah kiri sama cm Malouda. hehehe. Mamat ni dah bermain 4 musim utk kelab Rennes dan mungkin ni merupakan thn akhir dia kt situ. Dia sertai Rennes pada usia 16 thn dan pada waktu itu dia sumbang 5 gol utk musim 2006.2007. Dua musim lepas tu, dia hanya panaskan bngku simpanan jer. hehehe Pada 2008/2009 dia hanya bermain 5 kali sebab kecederaan pinggang serta kelangkang.

Pada musim ni, Marveaux telah menonjolkan kebolehan dia ngn persembahan yg bagus. Setakat ini, dia telah jaringkan 4 gol dan telah assist 3 kali lam 16 perlawanan. Gol terakhir dia membawa kemenangan ke atas Nancy.

Tapi, itu hanyalah statistik, Marveaux telah menunjukkan bakat kt atas padang ngn gerakan cantik yg mana pada kebiasaannya hanya dilakukan oleh pemain terbaik dunia sahaja. Kualiti yg ada pada mamat ni ialah kelajuaan serta daya pecutan sbb kecik dan lincah. hehehe. Berikut adalah video mamat ni ;





Dia mampu lepas dari pemain pertahanan ngn kelajuan serta kebolehan teknikal mengatasi pemain biasa. Yg bestnya, bola yg dia hantar tepat dan leh membantu member utk hasilkan gol. Dgn kebolehan seperti itu, dia selalu dikaitkan ngn jelmaan Florent Malouda yg juga bermain ngn kaki kiri. Dia kini sering terbabit ngn pasukan kebangsaan serta salah seorng pemain harapan utk bimbing Les Bleus suatu hari nnti. =)
Comments
0 Comments

0 fOOtbaLLcRaziEr's:

Related Posts with Thumbnails