AKHIRNYA, hanya Jose Mourinho yang menggelarkan dirinya sebagai "Yang Istimewa" yang bukannya penyokong setia Chelsea menerima faedah hasil kepulangannya ke Stamford Bridge.Ketika Mourinho terus menepati gelarannya apabila berjaya membawa Inter Milan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, Chelsea terpaksa menerima akibatnya menerusi jaringan penentuan Samuel Eto'o dan terus mengenang di mana kesilapan mereka sekali lagi.
Tanpa mengikut turutan, terdapat 10 sebab utama mengapa Chelsea tersingkir:
1. Taktik Carlo Ancelotti yang mudah dibaca
Sebahagiannya disebabkan kekurangan dan sebahagiannya disebabkan kurangnya daya kreatif, menyebabkan pasukan Ancelotti menjadi mangsa sejak perlawanan pertama berikutan ramai pemainnya mengalami kecederaan hingga memaksanya menurunkan Florent Malouda di bahagian bek kiri.
Bagaimanapun pada perlawanan kedua dia mempunyai ramai pemain untuk dipilih dan Mourinho masih mampu membaca barisan kemungkinan dalam skuad Chelsea untuk dia mengatasinya dengan kesebelasan pemainnya.
Akibatnya, Frank Lampard dan Michael Ballack bagaikan tidak berfungsi di bahagian tengah manakala, Branislav Ivanovic dan Yuri Zhirkov terus diasak bertubi-tubi ketika jurulatih "Yang Istimewa" itu menurunkan empat pemain yang mampu melakukan serangan untuk mengkucar kacirkan pertahanan Blues.
2. Kehilangan Michael Essien amat dirasai
John Obi Mikel menampilkan persembahan luar biasa ketika menentang West Ham hujung minggu lalu tetapi aksinya begitu hambar dan terumbang-ambing ketika menentang Inter, apabila seorang pemain tengah menyerang terperangkap dalam posisi bertahan.
Wesley Sneijder berjaya mengekangnya dalam kedua-dua perlawanan dan semua itu tidak akan berlaku andai Michael Essien dapat diturunkan. Dia mempunyai tenaga dan kesungguhan yang sukar dimiliki mana-mana pasukan Eropah.
3. Keputusan pengadil yang buruk
Perlawanan pertama menyaksikan Manuel Mejuto Gonzalez mencipta kekecohan apabila menafikan peluang Salamon Kalou untuk melakukan penalti yang sememangnya cukup jelas.
Dalam perlawanan kedua, Wolfgang Stark tidak melakukan tindakan luar dugaan tetapi Didier Drogba sepatutnya diberikan dan secara umumnya, semua bantahan itu bagaikan memihak pasukan Itali itu.
Ia tidak membabitkan sebarang skandal, bukan insiden seperti yang membabitkan pengadil Tom Henning Obrevo tetapi cukup untuk membuat penyokong Chelsea berasa meradang.
4. Unit pertahanan yang kukuh yang dijejaskan kepincangan individu
Mungkin ia sebahagian daripada taktik Mourinho tetapi mungkin juga disebabkan kurangnya kualiti. Dalam perlawanan pertama, John Terry begitu mudah dilepasi membolehkan Diego Milito menjaringkan gol awal yang mencorakkan keseluruhan permainan.
Kesilapan lebih ketara dalam perlawanan kedua, di mana persembahan Terry hanya sekadar memuaskan manakala Alex bergandingan Eto'o untuk menghasilkan gol penentu itu manakala Ivanovic yang selalunya boleh diharapkan hanya membiarkan bekas pemain Barcelona itu mencipta ruang.
Semua empat pemain pertahanan, termasuk pemain bek kiri gantian, Zhirkov kelihatan cukup gementar apabila diserbu penyerang Inter.
Satu-satunya sagu hati diperolehi menerusi Ross Turnbull yang mempamerkan aksi lebih kemas.
5. Gagal menangkis cabaran
Ia begitu menjejaskan pasukan itu ketika menentang Barcelona musim lalu apabila Ovrebo enggan memberi penalti yang diharapkan dapat membantu mereka hingga menjejaskan tumpuan mereka dalam perlawanan itu.
Senario pertama berlaku lagi musim ini, apabila Drogba membantah keputusan pengadil pada separuh masa perlawanan dan Terry sekali lagi meninggalkan padang pada akhir perlawanan mengeluh mengenai ketidakadilan terhadap pasukannya.
Chelsea hampir mencipta hubungan baik dengan pengadil dalam perlawanan Eropah tetapi berbanding memanfaatkannya untuk memperbaiki persembahan mereka, ia menghakis kualiti mereka dan menjadikan kekalahan sesuatu yang tidak dapat dielak.
6. Pemain hebat, persembahan biasa
Mungkin inilah perbezaan paling utama. Senaraikan semua pemain hebat dalam kedua-dua perlawanan, semuanya daripada kelab Itali itu.
Sneijder begitu menyerlah berbanding pemain lain sebagai pemain tengah yang cukup kreatif dan sekiranya dia menganggotai pasukan lawan, keputusan pasti akan berubah.
Di bahagian pertahanan, Lucio mempamerkan persembahan di tahap istimewa untuk mencari ruang mengekang Drogba. Sebaliknya, Terry dan Lampard masing-masing gagal memberi sebarang kesan.
Hanya Malouda berhak menerima pujian hasil persembahan dalam perlawanan pertama dan beberapa persembahan menarik malam itu. Tetapi ia tidak membantu anda memenangi perlawanan penting menentang antara pasukan terhebat Eropah.
7. Ancelotti gagal menghasilkan impak dengan pertukaran pemainnya.
Formasi 4-3-3 yang digunakannya mungkin boleh dijangka tetapi ia sepatutnya memberi peluang kepada pasukannya kelebihan untuk memenangi perlawanan itu.
Bagaimanapun sebaik Mourinho menyusun bidak caturnya dalam permainan bola sepak, sukar untuk Ancelotti memberikan jawapan menerusi pertukaran pemain yang boleh membantu ataupun pertukaran taktik.
Penampilan Joe Cole kurang memberi kesan, sebaliknya menyebabkan Chelsea semakin lemah dan memberi peluang Javier Zanetti untuk menyerlah.
Kemasukan Kalou pula umpama tembakan dalam gelap, juga kurang berkesan.
Apa yang dilakukan Mourinho? Tiada siapa tahu tetapi dinilai daripada persembahannya dalam pasukan lawan, ia sepatutnya menjadi lebih dramatik dan mungkin lebih menjadi.
8. Nicolas Anelka
Untuk kebanyakan musim ini, Drogba sentiasa digandingkan dengan Anelka atau ketika bersendirian, dia berdepan pemain pertahanan yang mempunyai kualiti lebih buruk daripadanya.
Akibatnya, dia berjaya memperdayakan dan menewaskan dalam apa yang dianggap sebagai musim terhebat ketika ini.
Bagaimanapun ketika menentang Inter, dia berjaya ditewaskan gandingan Lucio dan Walter Samuel, yang membuktikan diri mereka sebagai gandingan paling berkesan selepas Laurel dan Hardy.
Apa yang benar-benar diperlukannya ialah sokongan, pemain yang mampu mengalihkan perhatian dan mungkin memberi tentangan.
Bagaimanapun Anelka bagaikan terpinggir di bahagian kanan, gagal mempengaruhi permainan dalam apa cara sekali pun. Pemain Perancis yang begitu cemerlang pada awal musim ini, menjadi pemain paling mengecewakan dalam perlawanan itu.
Kini Ancelotti perlu menilai kembali bagaimana dia menggunakan dua pemain penyerang kelas dunia untuk ujian seterusnya. Biarpun ada ketikanya Anelka berada dalam situasi yang memihak kepadanya, dia gagal menemui sentuhan yang boleh menjadikan keputusan memihak mereka.
9. Kekurangan pelaburan berterusan menjadikan pasukan makin merudum
Pengakuan Roman Abramovich baru-baru ini bahawa dia berpuas hati mungkin boleh dipuji tetapi keputusan perlawanan itu menyebabkan ia kelihatan sebaliknya.
Pembelian pemain seperti Drogba, Lampard, Petr Cech, Ballack dan Essien mungkin pernah membantu pasukan Blues meraih gelaran liga pada 2005 dan 2006 tetapi kini pemain berkenaan semakin berusia.
Mereka sepatutnya menurunkan pemain muda yang bersemangat seperti Sergio Aguero atau Alexandre Pato yang mungkin akan mengubah haluan permainan tetapi Ancelotti tetap menurunkan pemain seperti Kalou dan Cole, dan prestasi pemain itu tidak berubah sejak kebelakangan ini.
Sekiranya Abramovich benar-benar mahu menang Liga Juara-Juara, pelaburan musim panas ini perlu dianggap penting. Ketika ini, pasukan kelihatan hebat tetapi pasukan yang semakin berusia akan menjadikan keadaan bertambah buruk.
10. Impak Jose Mourinho
Akhirnya, anda tidak boleh lari daripada 'Yang Istimewa'. Jika tidak, pastinya soalan berterusan sebelum perlawanan mengenai bekas pengurus tidak akan meletihkan pemain Chelsea dan dengan pengakuan bahawa mereka memberi tumpuan terhadap perlawanan, kepincangan pertahanan dan pertelagahan berterusan dengan pengadil menunjukkan mereka terperangkap dengan kisah dua pengurus.
Tetapi impak Mourinho tidak berhenti setakat itu, Pada perlawanan pertama dia memanfaatkan masalah kecederaan pemain Chelsea untuk mendapatkan kelebihan buat pasukan dan menunjukkan kehebatan pengurusan pasukannya di Stamford Bridge di depan bekas anak buahnya dengan mematahkan setiap gerakan Ancelotti dan menakluki perlawanan itu.
Gol lewat oleh Eto'o mungkin memastikan mereka menang pertemuan itu tetapi taktik Mourinho menjadikan Inter lebih berkuasa. Jika dia tewas, pasti dia akan kehilangan gelarannya tetapi sekali lagi Jose mengingatkan kita mengapa dia digelar 'Yang istimewa'.
SUMBER ;- Harian Metro