Ikuti temu bual antara FIFA dan Drogba ;
FIFA: Didier, rakan sepasukan kamu, Romaric menjelaskan kepada kami bulan lepas yg jika skuad "Gajah" x perform, kamu sentiasa terselamat dari dikritik. Adakah itu membuatkan kamu sakit hati atau lebih nekad?
Drogba: Jujur, ia bkn masalah bg saya. Sbgi kapten, saya mewakili pasukan ini, jadi x logik saya tidak dikaitkan. Namun, bila kami gagal, kami gagal sbgai sebuah pasukan.
FIFA: Adakah persembahan berdisiplin semasa menentang Portugal tempoh hari datang dari pasukan sendiri atau dari Sven-Goran Eriksson?
Drogba: Ia adalah dari hasil kerja Eriksson, yg mana telah terapkan rasa tanggungjawab terhadap kami. Dalam skuad, kami sentiasa mahu lakukan yg terbaik setelah layak menyertai Piala Dunia 2006 di Jerman. Jurulatih telah memberi semangat yg positif terhadap kami.
FIFA: Adakah Ivory Coast kali ini lagi bagus dari Ivory Coast pada Piala Dunia 2006?
Drogba:Ya, sebab kami dah byk belajar dari kesilapan. Kini, kami telah ada pengalaman dari sudut individu serta berpasukan. Setiap individu telah mengharungi perjalanan dari kelab ke kelab lain sejak 4 thn lepas. Jadi mereka lagi kuat secara mental berbanding 4 thn lepas. Kami kini ada sejarah bersama.
FIFA: Adakah kamu akan cergas 100% utk perlawanan Ahad nnti?
Drogba: Saya fikir, semua orng telah melihat sumbangan saya kepada skuad ketika bertemu Portugal. Sejak saya masuk padang, saya lupakan ttg kecederaan serta kesakitan saya. Saya x takut apa2 dan saya baik dari segi fizikal serta mental. Saya gembira di sini dan bermain bolasepak.
FIFA: Dulu, kamu pernah bgtau yg Nelson Mandela memberikan pengaruh yg besar dlm hidup kamu. Mesti kamu berasa istimewa sbb bermain di tanahair beliau.
Drogba: Ia merupakan penghargaan yg besar utk berada di sini. Di sekolah, saya diajar ttg sejarah Afrika Selatan serta peranan Nelson Mandela terhadap dasar Apartheid yg menindas golongan kulit hitam. Saya amat berbangga sbb dpt dtg ke sini bertemu serta berbual dgn beliau.
FIFA: Majalah Time Magazine menyenaraikan kamu sbgi 100 org paling berpengaruh di planet krn peranan kamu semasa perang saudara di Ivory Coast. Ape yg kamu lakukan?
Drogba: Ia adalah sukar utk bercakap ttg diri sendiri lebih2 lagi ttg hal itu. Saya lakukan segalanya selagi termampu utk berbakti kpd negara saya dan benua Afrika khasnya. Saya cuba mewakili mereka sebaik mungkin. Namun, utk tersenarai dlm senarai majalah Time, ia membuatkan saya berasa amat bangga dan suatu pengalaman yg x dpt dilupakan.
FIFA: Adakah itu mcm mimpi menjadi nyata?
Drogba: Saya x tahu, malah mesej yg kami cuba sampaikan utk menamatkan perang saudara adalah amat penting. Saya rasa, ramai yg x sedar impak bolasepak terhadap dunia. Ia adalah amat besar. Utk menjadi pemain yg tersohor dan menjadi ikutan org adalah amat penting.