Showing posts with label budak junior. Show all posts
Showing posts with label budak junior. Show all posts

28 August 2011

ULISES DAVILLA SERTAI CHELSEA


Nampaknya, Chelsea betul-betul memecut dalam membawa masuk pemain baru. Terkini, Chelsea baru sahaja sign pemain baru dari Chivas a.k.a member si Chicharoti iaitu Ulises Davila, 20, dengan kontrak selama lima tahun. Davila boleh bermain diposisi attacking midfielder dan juga forward. Terbaik, kalau dulu Chelsea dilabelkan lembab untuk enter transfer windows, kali ni Chelsea pula yang paling sibuk bawa masuk pemain baru. It's just a matter of time bak kata omputih. ;)


KTBFFH

22 August 2011

JUAN MATA SAH MILIK CHELSEA


Setelah lama menunggu, akhirnya Andre Villas-Boas telah pun mendapat midfielder kreatif yang beliau mahukan iaitu Juan Manuel Mata. Mata, 23, dibeli dengan harga £29 juta daripada Valencia. Kini, Mata hanya perlu melepasi ujian kesihatan pada minggu ini dan sign kontrak. That's it. Senang cerita, sebelah kaki Mata dah ada dekat Stamford Bridge. Selepas ini, bolehlah kita tengok jentera tengah Chelsea kreatif balik seperti di era Ballack, Joe Cole dan Deco. ;)


KTBFFH

07 August 2011

ROMELU LUKAKU SARUNG JERSI BIRU MUSIM DEPAN


Akhirnya, Anderlecht telah mengumumkan bahawa kata sepakat telah pun dipersetujui antara mereka dan Chelsea terhadap pembelian Romelu Lukaku. Lukaku, 18, sebelum ini pernah beritahu bahawa dia mahu mencontohi idolanya, Didier Drogba. Pada musim lepas, Lukaku menghasilkan 16 gol daripada 37 penampilan bersama Anderlecht. Lukaku akan ke London minggu depan untuk pemeriksaan kesihatan. Namun, jumlah pembayaran yang dibelanjakan oleh Chelsea dirahsiakan. Kalau nak diikutkan, bulan lepas Chelsea bid £18 juta. Maybe up sikit kot. Lepas ni cepat-cepat beli jersi no.14. ;)


KTBFFH

30 July 2011

TIBA MASA UNTUK PEMAIN MUDA - AVB

Andre Villas-Boas akui bahawa Chelsea kini lebih fokus untuk mengetengahkan bakat pemain muda oleh sebab skuad yang sedia ada sekarang telah pun berusia. Setakat ini, AVB telah mendapatkan dua orang pemain muda ke dalam Chelsea iaitu Thibault Courtois, 19, yang kini dipinjamkan ke Atletico Madrid. Manakala seorang lagi ialah midfielder Barcelona, Oriol Romeu, 20. Malah, AVB sendiri mahu lakukan perubahan secara pelan-pelan kayuh untuk melaksanakan transformasi ini. Yelah, Chelsea merupakan kelab yang mempunyai ramai pemain berusia dalam BPL. ;D

SLOBODAN RAJKOVIC JADI TUMPUAN AVB

Mesti korang tertanya-tanya tentang kelibat defender remaja Chelsea, Slobodan Rajkovic, 22, yang kerap muncul sejak AVB pimpin Chelsea. Kini, Chelsea telah pun memohon permit kerja untuk mamat Serbia ini. AVB mendakwa bahawa Rajkovic merupakan pemain muda yang berbakat besar setelah mempamerkan aksi yang mantap untuk siri jelajah asia Chelsea. Tugas terakhir AVB kini ialah untuk meyakinkan lembaga pengarah untuk pakai mamat ni. Chelsea dalam proses nak clear pemain berusia. hehehe ;)


KTBFFH

19 July 2011

THIBAUT COURTOIS SELANGKAH KE CHELSEA

Andre Villas-Boas telah sahkan bahawa penjaga gol kelab Belgium, Genk iaitu Thibaut Courtois telah menjalani medical check-up. Jika segalanya berjalan lancar, Courtois akan melengkapkan perpindahan £7.9 juta ke Chelsea. Ini juga bakal menjadi pemain pertama yang sign kontrak di bawah kendalian AVB. Boas berkata :


"Buat masa ini dia tengah menjalani pemeriksaan kesihatan tetapi belum menjadi pemain rasmi Chelsea. Jika dia menjadi pemain Chelsea pada hari ini, Thibaut Courtois tidak akan sertai Chelsea Asian Tour 2011."

Erm, terbaik. At least ada juga pelapis untuk Petr Cech. Nak harapkan Turnbull dan Hilario? Baik ambil KFCM jer. ;)
Related Posts with Thumbnails