Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

29 September 2011

CHELSEA TERIKAT 1-1 DENGAN VALENCIA


Semua dah tahu bahawa Chelsea terikat 1-1 dengan Valencia. Game awal pagi tadi juga boleh dikatakan menarik kerana Chelsea telah melakukan banyak cubaan berbahaya. Namun, goalkeeper Valencia, Diego Alves Carreira, 26, cemerlang menyelamatkan gawang Valencia daripada bolos. Boleh dikatakan 8 cubaan tepat daripada Chelsea diselamatkan oleh Alves. Apa pun, footballcrazie tidak menyalahkan Salomon Kalou di atas keputusan seri ini sebab dia pun bukan sengaja nak benda tu terjadi. Korang semua boleh lihat sendiri Video yang dah footballcrazie update. :)


KTBFFH

28 August 2011

YOSSI BENAYOUN MENGHITUNG HARI DI CHELSEA


Detik Yossi Benayoun bersama Chelsea boleh dikatakan semakin pudar. Bagi sesiapa yang masih blur kenapa Juan Mata memakai jersi bernombor 10 semalam, sebenarnya Yossi Benayoun bersetuju untuk menyerahkan nombor keramatnya itu kepada Mata dan dia sendiri memakai nombor 30. Apa pun, tak sia-sia pengorbanan Benayoun semalam, Juan Mata telah membuat debut yang terbaik daripada ladang dengan menjaringkan satu gol. What a classic finish by Juan Mata. :D


KTBFFH

15 August 2011

SERI 0-0


Semalam kita menyaksikan bagaimana Chelsea terikat 0-0 dengan tuan rumah, Stoke City. Meskipun Chelsea menguasai hampir 65% perlawanan, the Blues gagal untuk menjaringkan gol. Ini kerana performance yang superb dipamerkan oleh goalkeeper Stoke City, Asmir Begovic dalam menafikan beberapa cubaan berbahaya daripada Chelsea. Berita baik pula, Torres sudah mula mempamerkan aksi yang meyakinkan serta cuba mencipta beberapa peluang yang terbaik. 

Apa pun, Chelsea akan menerima kunjungan West Bromwich Albion pada 20 hb 8 manakala laluan sukar menanti Manchester United yang menerima kunjugan Tottenham Hotspur pada keesokkan harinya. Footballcrazie sudah update semua highlight matchday 1 beserta Spanish Super Cup antara Real Madrid vs Barcelona. Korang bolah ushar kat Download Highlight!! ;)

30 July 2011

TIBA MASA UNTUK PEMAIN MUDA - AVB

Andre Villas-Boas akui bahawa Chelsea kini lebih fokus untuk mengetengahkan bakat pemain muda oleh sebab skuad yang sedia ada sekarang telah pun berusia. Setakat ini, AVB telah mendapatkan dua orang pemain muda ke dalam Chelsea iaitu Thibault Courtois, 19, yang kini dipinjamkan ke Atletico Madrid. Manakala seorang lagi ialah midfielder Barcelona, Oriol Romeu, 20. Malah, AVB sendiri mahu lakukan perubahan secara pelan-pelan kayuh untuk melaksanakan transformasi ini. Yelah, Chelsea merupakan kelab yang mempunyai ramai pemain berusia dalam BPL. ;D

15 June 2011

GILIRAN JEFFREY BRUMA

Wow!! Hamburg memang betul-betul aim pemain muda Chelsea. Terbaru, Jeffrey Bruma telah pun diloan daripada Chelsea selama dua tahun. Sebelum ini pun aku dah pernah keluarkan entri tentang minat bekas manager Hamburg, Armin Veh untuk dapatkan Bruma. Korang boleh refer kat sini. SAYA MAHU JEFFREY BRUMA - VEH. Akhirnya, Hamburg berjaya juga mendapatkan khidmat Bruma tambah-tambah si Frank Arnesen dah bekerja untuk mereka. =)

01 June 2011

POKCIK KAYO!!!

Tawaran lumayan untuk manager Chelsea pada musim 2011/12 oleh Roman Abramovich. Mana tidaknya? £6 juta setahun. Pokcik kayo. =D Apa pun, Guus Hiddink tetap menjadi pojaan hati si Abramovich. Namun, orang kuat the Blues seperti chairman Bruce Bruck, chief executive Ron Gourlay dan director Eugene Tenenbaum telah ditugaskan untuk menyenaraikan calon-calon yang layak untuk kerusi DUN Chelsea. LOL

28 May 2011

JOSHUA MARK McEACHRAN JADI BURUAN

Kini, midfielder remaja Chelsea, Josh McEachran menjadi target utama kelab Jerman iaitu Hamburg. FYI, bekas director of football Chelsea, Frank Arnesen telah berpindah ke kelab tersebut. Buat masa ini, McEachran tidak menandatangani mana-mana kontrak persefahaman bersama-sama Chelsea. Namun, aku rasa Chelsea akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Selain Hamburg, Arsenal, Manchester United dan Barcelona turut mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat McEachran. Next season bolehlah kita tengok Chelsea menurunkan mamat ni memandangkan Ron Gourlay memakai polisi pemain muda untuk musim 2011/12. =D

26 May 2011

PENGHINAAN BUAT ANCELOTTI

Pemecatan manager Chelsea, Carlo Ancelotti membawa kerosakan kepada dunia bolasepak menurut pengerusi League Managers' Association (LMA), Richard Bevan. Ancelotti dipecat serta-merta setelah baru sahaja selesai melakukan post interview game bersama-sama para wartawan. Bevan berkata :


"Apa yang Chelsea lakukan terhadap Ancelotti merupakan satu penghinaan kepada manager, penyokong, kelab serta Premier League. Dalam hal ini, Roman Abramovich memrlukan beberapa orang penasihat jika ingin menang Champions League."

Seriously, kesian dekat Ancelotti. Habis madu, sepah dibuang. Apa pun, jom kita layan fakta di bawah tentang pencapaian untuk setiap manager dibawah era Roman Abramovich.


Rekod pengurus di bawah kendalian Roman Abramovich :

• Guus Hiddink 2.43 mata/match
• Avram Grant 2.24
• Jose Mourinho 2.23
• Carlo Ancelotti 2.03
• Claudio Ranieri 1.98
• Luiz Felipe Scolari 1.97


25 May 2011

SENARAI PEMBELIAN PEMAIN CHELSEA MUSIM 2011/12

CEO Chelsea, Ron Gourlay kini tengah mengendalikan polisi perpindahan the Blues untuk transfer window musim panas ini. Setakat ini, Chelsea telah pun list-out nama-nama pemain muda yang mereka mahu bawa masuk ke Stamford Bridge pada musim 2011/12. Antaranya ialah Neymar, Romelu Lukaku dan Kevin de Bruyne. Selain itu juga, permata Ajax Amsterdam, Gregory van der Wiel dijangka akan menyertai Chelsea dengan nilai £9 juta. Tidak dilupakan, Gourlay turut mencari back-up untuk Petr Cech. All right, kita tengok macam mana beliau lakukan, jika tak berjaya juga, Abramovich pecat kau pula. LOL ;p

23 May 2011

GUUS HIDDINK CUMA PENASIHAT CHELSEA FOOTBALL CLUB

Semalam, Guus Hiddink duduk bersebelahan dengan owner CFC, Roman Abramovich. Tetapi, jangan salah faham kerana Hiddink cuma menjadi penasihat kepada CFC bukannya menjadi manager baru Chelsea. Selain Chelsea, Hiddink turut menjadi penasihat untuk kelab terkemuka lain seperti Ajax Amsterdam dan PSV Eindhoven. FYI, Guus Hiddink memang mempunyai hubungan yang baik dengan Roman Abramovich meskipun mereka bukan tinggal sekampung. LOL. =D


*FYI =For your information

ANCELOTTI DIPECAT!!

Akhirnya, Ancelotti dipecat setelah tamat game Everton vs Chelsea. Musim ini agak malang untuk Chelsea setelah menamatkan musim 2011/12 tanpa sebarang trofi. CEO Chelsea, Ron Gourlay memecat Ancelotti sejurus selepas berakhirnya sidang media selepas perlawanan yang menyaksikan Chelsea kalah  0-1 di tangan Everton. Ancelotti dengan cool pula menjawab :
 

"Saya sekarang sedang bercuti. Namun saya tidak tahu selama mana saya akan bercuti."

Footballcrazie ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat Carlo Ancelotti di atas sumbangan beliau dalam skuad Chelsea. Persoalannya sekarang, who's next?

21 May 2011

LAST GAME ???

Tepat 11 malam esok, Chelsea akan menentang Everton di Goodison Park. Ini merupakan game terakhir Chelsea untuk BPL musim ini iaitu matchday 38. Namun, adakah game yang ke-109 untuk Ancelotti ini bakal menjadi game terakhir beliau in charge di Chelsea? Apa pun, lepas ini bolehlah aku tumpukan pada liga Super, Kelantan. =D

08 May 2011

COME ON DAVID LUIZ

Untuk game malam nanti, aku harap David Luiz mampu menonjolkan aksi yang terbaik dari ladang dan marking Rooney macam di Stamford Bridge tempoh hari. Menang game penting ini bermakna misi Chelsea untuk kekalkan kejuaraan liga semakin cerah. Apa pun, Chelsea mesti la juga bermain seperti satu pasukan yang mantap. Manchester United bukan pasukan cap ayam. =) 

06 April 2011

CHELSEA VS MANCHESTER UNITED

Tepat pukul 2.45 pagi esok, Chelsea bakal melayan kunjungan Manchester United untuk perlawanan timbal balik pertama di Stamford Bridge. Ancelotti dikatakan bakal merehatkan Anelka untuk memberi peluang kepada Torres dan Drogba beraksi. Rooney pula mustahil Alex Ferguson akan rehatkan. 

Bagaimana scoreline untuk game awal pagi nanti? Aku jangkakan 2-0. Bagi yang belum tahu, David Luiz tidak layak beraksi dalam Champions League sebab pada musim ini dia telah pun bermain untuk Benfica. Musim depan bolehlah. =D. Apakah tekaan kamu pula?

05 April 2011

JOHN TERRY MAHU AKHIRI BADI CHAMPIONS LEAGUE


Kapten Chelsea, John Terry berharap agar penyertaan Chelsea dalam Champions League musim ini bakal mengakhiri badi beraksi di pentas Eropah. Pada 2008, Chelsea kalah penalti akibat Terry yang tergelincir semasa mengambil sepakan. Pada 2009 pula, Chelsea kalah kepada Barcelona di separuh akhir yang menyaksikan lahirnya quote infamous-amos Drogba, "F**king disgrace"! 

Apa pun, ini merupakan peluang terbaik untuk Chelsea menebus balik kehampaaan itu dengan mengalahkan Manchester United. Lebih manis lagi tewaskan Barcelona untuk semi-final pula.  =D

28 March 2011

SIAPA JAVIER PASTORE ?

Javier Matías Pastore dilahirkan pada 20 Jun 1989, merupakan pemain bolasepak dari Argentina dan kini bermain di Serie A iaitu Palermo. Dia seorang attacking midfielder, macam Lampard jugak cuma mempunyai kelebihan gelecek dan ketinggian 1.89 meter. Teamwork Pastore pun memang terbaik dan tidak berlagak macam Neymar. Meskipun ramai memuji aksi Neymar, namun bagi aku, Neymar diibaratkan seperti Mario Balotelli. Sukar bekerjasama serta keras kepala. 

Ok, berbalik kepada Pastore. Mamat ni pernah dapat anugerah Pemain Muda Terbaik di Serie A untuk 2010. Kalau nak diikutkan, kontrak Pastore ni akan tamat pada 30 Jun 2014. Jadi, itu sudah membuktikan kemampuannya. Apa pun, sila layan klip video aksi Pastore kat bawah yer. =)






As requested by aQi + GenGkey. =D

18 March 2011

KEPUTUSAN PENUH UNDIAN CHAMPIONS LEAGUE 10/11

Tak nak tulis banyak, begitulah keputusan undian tadi. Ini menjadikan Chelsea akan bertemu 3 kali menentang Manchester United untuk musim ini. Dua game untuk Champions League, satu game untuk Premier League. =D


KTBFFH

16 March 2011

FERNANDO TORRES DI BANGKU SIMPANAN

Nampaknya untuk game awal pagi nanti antara Chelsea vs Copenhagen, bintang berharga £50 juta ini akan duduk dibangku simpanan. Ancelotti dilaporkan akan memberi peluang kepada Didier Drogba pula. Apa pun, aku pasti Ancelotti akan subtitute mana-mana pemain untuk membawa masuk Torres nanti. Berikut merupakan draft line-up untuk game 3.45 pagi nanti. :


Sumber : Dailymail UK
  
KTBFFH

07 March 2011

IAN HOLLOWAY SANGKAL CHELSEA LEMAH

Manager Blackpool, Ian Holloway beritahu yang dia tidak akan mengambil mudah cabaran Blackpool vs Chelsea pada 4 pagi nanti waktu Malaysia. Meskipun dia akui yang Chelsea pernah alami krisis sebelum kedatangan Roman Abramovich, dia yakin Chelsea kini sudah bijak berbelanja. 

Erm, perli nampak. LOL ;p Apa pun, kita tengok apakah corak permainan Chelsea akan meningkat apabila bermain di Bloomfield Road nanti. 

KTBFFH

06 March 2011

DAVID LUIZ TAK MAIN ?

Nampaknya David Luiz belum pasti akan turun menentang Blackpool Selasa pukul 4 pagi waktu Malaysia. Ini kerana dia mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Manchester United tempoh hari. Setakat ini, David Luiz belum turun berlatih bersama skuad Chelsea yang lain. Bagaimanapun, aku harap mamat ini boleh main. =D


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails