KTBFFH
Chelsea FC telah sahkan bahawa Essien terpaksa berehat sehingga enam bulan selepas menjalani pembedahan pada hari ini akibat koyakan ligamen di lutut sebelah kanannya. Insiden ini berlaku ketika dia sedang menjalani latihan bersama-sama skuad Chelsea di Cobham. Fuh, nampaknya Chelsea harus percepatkan proses pembelian Luca Modric. Midfielder Chelsea dah kurang sorang. Bestlah Essien, boleh bercuti panjang. Silap hari bulan kena jual nanti. LOL. ;)
Chelsea hari ini telah sahkan bahawa Michael Essien telah mengalami kecederaan di lutut kanan semasa menjalani sesi latihan bersama rakan pasukan di Cobham. Kecederaan Essien ini akan dipantau oleh CFC dalam beberapa hari ini. Fuh, kalau Essien tak sembuh, ini bermakna tak ke Malaysia lah mamat ni. Lepas sorang-sorang pemain tak boleh sertai Chelsea Asian Tour 2011. Ben10 confirm tak leh jejak kaki di Malaysia sebab warganegara Israel. Manakala, jika Brazil layak ke semi-final Copa America, David Luiz dan Ramires turut sama tak datang.
Berita buruk, Frank Lampard dan John Terry dikatakan masih belum pasti samada bakal diturunkan menentang Bolton Ahad nanti. Lampard mengalami masalah buku lali manakala John Terry sakit belakang. Apa pun, kita berharap dua pemain ini boleh beraksi .
Ancelotti dikatakan bakal merehatkan Drogba bg memberi peluang kepada Daniel Sturridge utk turun dalam kesebelasan utama menentang Blackburn Rovers nnti. Drogba kini tgh bergelut dgn kecergasan serta malaria. Setakat ini, Drogba hanya menjaringkan 1 gol daripada 5 perlawanan. Satu rekod yg buruk bagi seorng penyerang. Rehat la Drogba. =)
Carlo Ancelotti mengalami lagi satu masalah di bahagian midfield apabila ujian scan mengesahkan John Mikel Obi akan berehat selama sebulan akibat kecederaan lutut. Mikel mengalami kecederaan ini ketika menentang Arsenal yg mana dia menerima cabaran kasar dari Robin van Persie. Apa pun, kita tunggu jer la siapa yg bakal ganti posisi Mikel. Aku rasa Ramires. Hehe ;p