Showing posts with label tekanan. Show all posts
Showing posts with label tekanan. Show all posts

22 May 2011

ANCELOTTI URUS WEST HAM UNITED

Carlo Ancelotti beitahu kepada media bahawa beliau sudi membimbing West Ham United jika dipecat oleh CFC. Kini, West Ham United tidak mempunyai manager setelah bekas manager Chelsea, Avram Grant, gagal menyelamatkan West Ham United dari zon penyingkiran. Ancelotti dijangka akan dipecat setelah tamat game terakhir beliau bersama-sama Chelsea malam ini dengan menentang Everton di Goodison Park. Ancelotti turut beritahu bahawa beliau tidak kisah menerima gaji yang jauh lebih kecil daripada yang beliau perolehi di Stamford Bridge. Beliau berkata :


"Saya sanggup latih West Ham - kenapa tidak? Ia merupakan satu cabaran untuk membimbing pasukan dari liga Championship. Atmosphere di West Ham begitu menakjubkan. Ia bukan satu masalah samada kamu membimbing kelab besar atau pun kelab kecil. Bila saya manage, saya tidak berfikir tentang duit. Itu prinsip saya."

Erm, kesian Ancelotti. Ramai yang dah lupa dan tak hargai kejayaan beliau di Chelsea. Namun, itulah bolasepak, kejap bola di kaki kejap bola di utara. Faham-faham sendirilah. =D


KTBFFH

07 January 2011

ANCELOTTI SUPER DUPER COOL

Carlo Ancelotti beritahu yang beliau akan terkejut jika disingkirkan dari Chelsea berikutan prestasi buruk kelab sehingga sekarang. Kini, Chelsea masih lagi berada di tempat ke-5 carta liga. Pendahulu liga BPL, Manchester United, mempunyai kelebihan 9 mata dari Chelsea dengan kelebihan satu game. Ancelotti turut akui bahawa musim ini mereka tidak cukup bagus untuk menang Premier League. Beliau berkata :


"Kami tidak cukup bagus sekarang. Sekarang adalah lebih mudah untuk ambil pendekatan yang Chelsea tidak mengalami musim yang bagus. Namun kita masih ada banyak lagi untuk diperjuangkan. Kita masih ada FA Cup dan Champions League."

Ancelotti mengaku yang beliau tersalah percaturan untuk musim 2010/2011 ini. Erm, macam nak cover untuk lembaga pengarah nampak. Hehe ;p

06 January 2011

LEMAHNYA CHELSEA

Carlo Ancelotti akui bahawa anak buahnya kurang keyakinan selepas mengalami kekalahan 1-0 terhadap Wolves awal pagi tadi. Juara berganda musim lepas ni ketinggalan 1-0 seawal minit ke-5 hasil ehsan gol sendiri oleh pemain pertahanan Chelsea, Jose Bosingwa. Apa yg aku boleh katakan ialah perlawanan semalam dimenangi oleh Manchester United. Mereka menang meskipun tak turun padang awal pagi tadi. Mana tidaknya, Arsenal dan Manchester City seri 0-0. Manakala Tottenham pula kalah 2-1 ditangan Everton. Chelsea pula memang dah out sekarang ni. Harapan aku pada musim 2010/11 ialah agar Chelsea dapat tempat dalam empat pasukan terbaik + perkukuh pasukan dengan membeli pemain berkualiti bulan ini.

KTBFFH

05 January 2011

TEKANAN BUAT ANCELOTTI

Ancelotti nampaknya dah xleh berselindung disebalik perancangan lembaga pengarah Chelsea - lepaskan Ballack, Joe Cole dan Carvalho, promote pemain muda terlalu awal serta menyingkirkan caretaker manager, Ray Wilkins. Ancelotti jelas pertaruh nama serta kewibaannya dgn menurut segala permintaan lembaga pengarah. Abramovich pula seakan sedar kesilapannya dan mahu berbelanja utk Januari ini.

Namun, adakah Chelsea masih boleh bersaing dlm BPL utk musim ini? Serap pemain akademi ke dlm skuad utama adalah bagus namun kita xleh nk harapkan kejayaan mereka sepantas kilat. Kita kena gilap dulu bakat mereka. K.Rajagobal pun ambil masa bertahun-tahun nk naikkan nama bolasepak Malaysia hingga tahap ini. Hehehe ;p

KTBFFH

04 January 2011

BEBAN CARLO ANCELOTTI

Musim lepas, 5 pemain bergaji besar di Chelsea telah disingkirkan dari skuad : Michael Ballack, Joe Cole, Ricardo Carvalho, Deco dan Juliano Belletti. Yang dtg pula Yossi Benayoun, Ramires dan skuad piala presiden Jeffrey Bruma, Patrick van Aanholt, Gael Kakuta dan Josh McEachran. ;p Tindakan ini memberi penjimatan sbyk £20 juta setahun namun Ancelotti tidak percaya akan idealogi Frank Arnesen ini mampu menolong Chelsea hingga tamat musim 2010/11. Hasilnya, kita boleh lihat apa yg berlaku skrng ni. Pengurus terpaksa guna pemain kurang berpengalaman, org lama masih perah keringat sampai cedera serta penggantungan perlawanan.

Skuad utama Ancelotti boleh dikatakan yg terkuat di England namun sama dgn Wigan, mereka hanya ada 19 pemain dlm skuad, berbeza dgn Man Utd yg memiliki 29 pemain. The Blues tidak sebagus thn lepas, juga x berpengalaman spt musim sudah. Tiada sesiapa yg fresh. Sbb itulah kita bermula dgn baik kemudian segalanya terhenti. Mana tidaknya, semua dah cedera pastu xde pula pemain berpengalaman utk rotate. Org yg bagi idea ni, Frank Arnesen plak bgtau nk cabut hujung musim ini. Cam cipan. ;p Harap Roman sedar la hal ini dan tidak memecat Ancelotti.

KTBFFH

01 January 2011

ANCELOTTI DALAM DILEMA

Carlo Ancelotti kini berhadapan dgn masalah lagi di bahagian pertahanan apabila Ivanovic digantung perlawanan akibat mengutip kad kuning ke-5 tempoh hari menentang Bolton Wanderers. Jadi utk pertemuan 2 hb nnti, Ancelotti terpaksa guna pemain lain utk gantikan posisi Ivanovic. Kini, Ancelotti boleh membuat pilihan samada meletakkan Paulo Ferreira sbgi centre-half atau meletak tanggungjawab kepada Jeffrey Bruma. Selain itu juga, John Obi Mikel x dapat diturunkan akibat kecederaan lutut, Daniel Sturridge (lutut), manakala Yury Zhirkov (betis), Alex (lutut), dan Yossi Benayoun (tendon).

Skuad ramalan: Cech, Turnbull, Bosingwa, Hilario, Ferreira, Cole, Terry, Essien, Lampard, Ramires, McEachran, Malouda, Kalou, Drogba, Anelka, Bruma, Sturridge, Kakuta, Van Aanholt.

Harap kemenangan tempoh hari memberi suntikan semangat buat the Blues bg menewaskan kelab bermasalah, Aston Villa. =)

31 December 2010

LAMPARD DIEJEK DI STAMFORD BRIDGE

Semalam Chelsea berjaya tewaskan Bolton. Namun segelintir peminat the Blues mencemuh pemain Chelsea akibat persembahan yg longgar di babak pertama. Frank Lampard turut terkena tempias jgk. Awek Lampard pun tarik muka masa jejaka dia dikutuk atas padang. Dah la baru pulih dari cedera, kena boo lagi. Hehe ;p Tu semua hooligan bolasepak. Biar la diorng. Xpi xlah seteruk majoriti penyokong Indonesia. Apa pun, tahniah Chelsea dan Malaysia. =p

KTBFFH

28 December 2010

HIGHLIGHT UPDATED!! ARSENAL VS CHELSEA

Aku dah update highlight utk perlawanan smlm kt Download Highlight! Maaf lambat, tertidur sbb awal pagi xdi berjaga tgk bola. Nmpaknya, Arsenal telah menamatkan badi kekalahan mereka terhadap Chelsea manakala bg Chelsea pula, it's not a blue day for Chelsea in this season. =)

09 December 2010

RAY WILKINS TIADA MASALAH DENGAN ABRAMOVICH

Ray Wilkins, 54, yang dulu pernah menjadi kapten skuad the blues menjelaskan yang dia akan membawa kes pemecatan dia dari Chelsea ke mahkamah yang bakal dilakukan pada bulan ini. Wilkins menjelaskan bahawa perkelahian dia dengan Abramovich selepas Chelsea tewas di tangan Inter Milan bukan faktor utama penyingkirannya. Wilkins berkata :


"Saya tak fikir pun perkelahian ini menjadi faktor utama. Jika itu penyebabnya, saya akan dipecat serta-merta. Mungkin terdapat perbincangan antara pegawai Chelsea yang mahu menjatuhkan saya."

Ray Wilkins gak bgtau mungkin ini tindakan Roman utk mengubah pasukan utk jadi lebih baik. Makin teruk ada la.. LOL ;p
Related Posts with Thumbnails