Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

20 May 2011

KALOU BUTTHURT SAMA ANCELOTTI?

Ketika ramai pemain Chelsea pertahan kedudukan Ancelotti di Chelsea, lain pula berlaku dekat Salomon Kalou.   Malah, dia tak kisah mana-mana individu untuk memimpin Chelsea pada musim depan. Ditanya kenapa dia tidak pertahan Ancelotti, Kalou sempat gelak sebelum berkata :


"Bukan kami yang putuskan itu semua. Kami ke sini untuk bermain mewakili kelab. Itu terserah kepada lembaga kelab. Tahun lepas, kami menang double sebab pasukan. Tahun ini kami tidak menang apa-apa pun sebab pasukan. Saya tidak mencari alasan. Tak kira siapa pemain dan siapa manager, yang penting para pemain harus bekerjasama dan memberikan aksi yang sebaik mungkin."

Hurm, masa Kalao score late minute goal against Tottenham Hotspur hari itu pun dia serius jer. Maybe kecewa peluang dia untuk bermain dalam kesebelasan utama dah diambilalih oleh Fernando Torres. LOL

08 May 2011

MANCHESTER UNITED GEMBIRA BERSAMA HOWARD WEBB

Tatkala Sir Alex Ferguson tengah sibuk-sibuk buat mind game untuk Howard Webb, beliau lupa bahawa rekod menunjukkan Manchester United menikmati keputusan yang bagus daripada pengadil berkelas antarabangsa itu. Out of last 9 game yang Howard Webb kendalikan di Old Trafford, cuma erm... 9 game keputusan memihak kepada Manchester United. LOL. Jadi, aku rasa SAF tak perlulah nak buat mind game tentang integrity pengadil ni, nanti Webb menyampah pula.


KTBFFH

07 May 2011

MAIN BOLA LAGI BEST DARIPADA SEKS ??

Tajuk kat atas itu bukan pendapat aku. LOL. Salomon Kalou beritahu bahawa bermain bolasepak untuk Chelsea adalah lebih bagus berbanding melakukan hubungan seks. Kalou berkata : 


"Saya budak baik. Saya tidak melakukan seks pada hari sebelum game Chelsea. Jika ditanya mana satu saya utamakan? Semestinya bolasepak. Ia adalah kepuasan selama 90 minit berbanding kepuasan seks. Namun ia bergantung kepada jumlah jaringan dan jadual perlawanan."

Macam-macam Kalou ni. Erm, jika sehari sebelum game tak lakukan seks, macam mana baki 5 hari lagi? Mestilah pergi training. Apalah korang ni, otak kuning macam kumpulan Balas, Maharaja Lawak. LOL  =p

22 April 2011

DROGBA DENGKI TORRES ???

Jom flashback saat Drogba ambil freekick dalam kotak penalti Birmingham City. Sedar tak sebelum Drogba ambil sepakan itu, Drogba memberi jelingan 'manja' kepada Torres. Erm, apakah yang terucap dalam benak Didier Drogba waktu itu? Hanya Drogba jer tahu. Apa pun, Drogba terus dapat karma. Tak gol. LOL 

Perkara sama turut berlaku semasa Scolari membawa masuk Deco daripada Barcelona. Ballack langsung tak bertegur dengan Deco dalam bilik persalinan. Maklumlah, ada orang baru kot dalam skuad, tambah pula posisi sama. Tak gitu Kampung Chelsea? =D
Related Posts with Thumbnails