Nicolas Anelka dilaporkan tidak hadir semasa kem Perancis membuat sesi latihan hari ni. Anelka dikatakan bertengkar dan mencaci jurulatih, Raymond Domenech semasa separuh masa pertama ketika pertemuan antara Perancis vs Mexico pada Khamis lepas.
Penyerang Chelsea, Anelka dikatakan telah menghina Domenech dlm bilik persalinan menurut laporan akhbar sukan Perancis, L'Equipe. Anelka digantikan dgn Andre-Pierre Gignac yg berkesudahan tewas 2-0. Satu taklimat disiplin bakal diadakan oleh para pegawai France Football Federation (FFF) berhubung kes ini. "Jika laporan ini betul, Anelka mungkin akan disingkirkan dari skuad Perancis," kata Timbalan Presiden FFF, Christian Teinturier.
Jurucakap pasukan Perancis pula menolak utk menyatakan alasan kenapa Anelka tidak hadir semasa sesi latihan. Kempen Piala Dunia 2010 utk Perancis dikatakan bagai telordibasuh dihujung tanduk apabila hanya seri ketika menentang Uruguay dan kalah kepada Mexico. Yg lebih pedih, skuad Perancis belum pernah menjaringkan sebarang gol dlm kejohanan ini. Nmpaknya sejarah Piala Dunia 2002 bakal berulang. LOL ;p