Fernando Torres begitu teruja dengan gol first touch beliau ketika perlawanan final Asia Trophy menentang Aston Villa. Secara tidak langsung, itu merupakan gol pertama Torres sejak menyertai perlawanan jelajah pra-musim 2011. Torres berkata :
"Gol tersebut memberi keyakinan kepada saya terutama kerana gol tersebut mematikan game malam itu. Selepas ini, ia menjadi satu tugas yang mudah bagi saya."
Terbaik, Torres dah ada nafas baru untuk musim depan. Bagi footballcrazie, adalah tidak adil untuk menilai prestasi Fernando Torres kalau nak diikutkan pada musim lepas. Ini kerana pada waktu itu, satu team Chelsea tengah down. Kita sama-sama nilai prestasi beliau pada musim 2011/12 pula. ;)
KTBFFH