Andre Villas-Boas mengeluarkan kenyataan media semalam dengan memberitahu bahawa beliau tidak mengharapkan bekas anak buahnya di Porto akan sertai jejak langkahnya ke Stamford Bridge. Nama-nama seperti Hulk, Joao Moutinho, Rolando dan Radamel Falcao telah lama dikaitkan dengan Chelsea sejak AVB menjadi manager ke-27 Chelsea FC pada 22 Jun 2011. Beliau berkata :
"Porto memiliki para pemain yang mantop dan berkualiti tinggi namun mereka juga terkenal dengan meletakkan harga yang tinggi untuk pemain mereka. Jadi, ia merupakan suatu tugas yang sukar untuk kami memasuki pasaran mereka."
Bagus, selain mahu melakukan perubahan kepada Chelsea, AVB turut bijak berbelanja despite owner Chelsea memang kaya dan tidak kedekut untuk beli mana-mana pemain.
KTBFFH