Fernando Torres beritahu media yang dia mendapat restu dari kawan rapat dia, Gerrard untuk keluar dari Liverpool. FYI, Gerrard pernah dipikat oleh Chelsea sebanyak dua kali. Namun, ditolak mentah-mentah oleh Liverpool. Tambahan pula, Gerrard memang setia bersama Liverpool. Torres berkata :
"Stevie orang yang pertama memanggil serta menyokong saya. Dia seorang kawan serta rakan sepasukan yang bagus. Dia selalu doakan yang terbaik untuk saya dan menghormati keputusan saya. Liverpool mahu saya kekal. Tetapi, saya faham yang mereka memahami kehendak saya. Sebagaimana saya memahami kehendak Xabi Alonso dan Javier Mascherano untuk tinggalkan Liverpool. Mereka mahu kehidupan yang baru."
Erm, harap penyokong Liverpool memahami mesej yang hendak disampaikan oleh Torres sebagaimana penyokong Chelsea memahami kehendak Joe Cole yang keluar dari Chelsea untuk ke Liverpool.
KTBFFH