01 November 2011

AL-FATIHAH


Maaf kalau semua tunggu update daripada footballcrazie. Untuk pengetahuan korang semua, ayahanda yo87 pulang ke rahmatullah pada 23/10/2011. Buat masa ini, yo87 uruskan hal-hal khairat kematian ayahanda. Sekian. Terima kasih atas sokongan korang semua. Insyaallah, blog akan update dalam masa terdekat. 

20 October 2011

CHELSEA BENAM GENK 5-0


Aksi awal pagi tadi menunjukkan betapa hebatnya aura santau David Luiz terhadap Fernando Torres. Sebelum bermulanya game, Luiz sempat membaca santau dekat kepala Fernando Torres. Hasilnya, Torres telah mempamerkan prestasi yang amat menakjubkan. Footballcrazie boleh katakan bahawa Torres telah bangkit kembali daripada masalah dia dengan rakan pasukan Chelsea yang lain. Game awal pagi tadi juga menyaksikan Torres menghasilkan dua gol untuk memecah kemarau golnya di saingan Champions League. Tahniah kepada Chelsea yang membenam Genk 5-0. Satu cleansheet untuk Petr Cech musim ini.

KTBFFH

17 October 2011

CHELSEA TAMAT BADI ENAM TAHUN


Akhirnya, Chelsea berjaya menamatkan badi tak menang dengan Everton di Stamford Bridge selama enam tahun. Yang lebih manis, ia seolah-olah hadiah untuk AVB sempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke-33 tepat pada hari ini. Namun, apa yang mengecewakan ialah Chelsea masih tidak mampu buat clean sheet untuk musim ini. Gol yang bolos pulak gol-gol cap ayam. Apa pun, tahniah the Blues. 

KTBFFH

13 October 2011

THOMAS MULLER TOLAK TAWARAN DARIPADA CHELSEA FC


Bintang sensasi Jerman, Thomos Muller, 22, berkata bahawa dia pernah menolak tawaran daripada Chelsea selepas Piala Dunia 2010. Muller menghargai tawaran tersebut namun terpaksa menolak peluang itu sebab dia baru setahun beraksi untuk aksi pro. Dia tahu jika dia membuat keputusan untuk sertai Chelsea, dia akan berada di bangku simpanan dan ini tidak bagus untuk perkembangan karier dia sendiri. Betul jugak tu, tengok apa yang berlaku dekat Yuri Zhirkov. Lastly, terpaksa ambil keputusan untuk keluar daripada Chelsea sebab tak dapat main. :)

03 October 2011

AMUKAN FRANK LAMPARD


Tahniah buat Chelsea yang berjaya membenam Bolton Wanderers 1-5. Lampard menjadi tumpuan semalam apabila mencipta hatrik pertamanya pada musim ini setelah mempamerkan aksi yang cukup mantap. Beliau tiba di kotak penalti tepat pada masanya berbanding aksinya ketika menentang Manchested United pada bulan lepas. Nampaknya, Lampard sudah ambil ikhtibar terhadap tindakan AVB lakukan kepada beliau. Macam biasa, korang boleh tonton Video dan Download Highlight untuk perlawanan semalam. 


KTBFFH

02 October 2011

JOSE BOSINGWA AKAN DIKEKALKAN DI CHELSEA SEHINGGA 2013


Berita baik! Jose Bosingwa mungkin akan dikekalkan di Stamford Bridge sekurang-kurangya setahun lagi. FYI, kontrak Bosingwa akan tamat pada musim panas tahun depan. Di era Ancelotti, kedudukan Bosingwa agak tergugat apabila Ancelotti cenderung untuk meletakkan Ivanovic sebagai right back. Namun, setelah AVB menjadi manager ke-27 Chelsea, Bosingwa kembali menjadi pilihan utama posisi tersebut. Peluang itu tidak dibazirkan oleh Bosingwa dengan banyak membantu jentera serangan Chelsea. Dalam masa yang sama, kontrak Didier Drogba juga akan turut dilanjutkan untuk satu tempoh yang belum diputuskan lagi. AVB berkata bahawa pemain seperti Drogba harus dikekalkan kerana mempunyai emotional values bagi fans the Blues dan kelab.

Apa pun, footballcrazie berharap dengan berita gembira ini bakal meningkatkan motivasi mereka untuk berbakti kepada Chelsea FC. Jangan lupa menyaksikan perlawanan antara Bolton Wanderers vs Chelsea tepat pada pukul 8.30 malam waktu Malaysia hari ini.


KTBFFH

29 September 2011

CHELSEA TERIKAT 1-1 DENGAN VALENCIA


Semua dah tahu bahawa Chelsea terikat 1-1 dengan Valencia. Game awal pagi tadi juga boleh dikatakan menarik kerana Chelsea telah melakukan banyak cubaan berbahaya. Namun, goalkeeper Valencia, Diego Alves Carreira, 26, cemerlang menyelamatkan gawang Valencia daripada bolos. Boleh dikatakan 8 cubaan tepat daripada Chelsea diselamatkan oleh Alves. Apa pun, footballcrazie tidak menyalahkan Salomon Kalou di atas keputusan seri ini sebab dia pun bukan sengaja nak benda tu terjadi. Korang semua boleh lihat sendiri Video yang dah footballcrazie update. :)


KTBFFH

25 September 2011

CHELSEA MENANG BERGAYA 4-1


Finally, footballcrazie dah boleh jamin bahawa Torres dah tak kemarau gol lagi. Namun, kad merah yang dia dapat semalam membuatkan fans Chelsea terpaksa akur bermain dengan 10 pemain. Namun, itu tidak merencatkan perjalanan Chelsea apabila menamatkan game dengan 4-1. Footballcrazie memuji persembahan yang ditunjukkan oleh Ramires yang begitu rajin naik ke kotak penalti bagi memberi support kepada jentera serangan Chelsea. Ternyata usaha Ramires berhasil apabila berjaya menjaringkan dua gol pada game semalam. 

Drogba membuat penampilan sulung setelah mengalami kecederaan dan menjaringkan gol terakhir Chelsea pada masa tambahahan. Lampard pula harus sedar bahawa jika dia bermain dibawah par, dia memang tidak selamat. Apapun, Lampard harus bersabar sebelum membuat penampilan yang ke-350 bersama the Blues. Hahaha :D Apapun, korang boleh tengok gol dekat Video.

KTBFFH

19 September 2011

CHELSEA TEWAS DI OLD TRAFFORD


3-1!! Itulah scoreline untuk game Manchester United vs Chelsea. Apa yang boleh footballcrazie katakan mutu pengadilan semalam teruk. First goal Man Utd jelas offside. Rentak perlawanan terus berubah selepas itu. Namun, footballcrazie tak nak sentuh bab pengadil. Apa yang jelas kita lihat bagaimana Torres telah pun kembali ke landasan yang sebenar. Meskipun Torres terlepas peluang menjaringkan gol ke-2 Chelsea yang dah memang terhidang, footballcrazie memuji performance yang ditunjukkan oleh Chelsea no.9 ini. Apa pun, kita tunggu perlawanan di laman sendiri pula pada 4 Februari 2012. :)


KTBFFH

17 September 2011

MANCHESTER UNITED LUPA DARATAN


Kenal tak siapa mamat dekat atas ni? Dia ialah Rene Meulensteen, coach di Man Utd. Awal bulan September, mamat ni mengeluarkan kenyataan bahawa Chelsea mempunyai pemain yang tua dan sudah tidak mampu bersaing dalam BPL. Dia mengambil contoh bagaimana skuad muda mereka berjaya menang besar untuk beberapa game sebelum ini. Malah menyifatkan tempo Chelsea tidak sehebat mereka. Persoalan yang footballcrazie nak timbulkan ialah adakah mamat ni dah nyanyuk bahawa mereka menang season lepas pun sebab adanya khidmat pemain tua seperti Van Der Sar, Scholes dan Giggs? Apa pun, diharap Chelsea akan memberi pengajaran berguna kepada coach Manchester United ni di Old Trafford tepat pukul 11.00 malam waktu Malaysia pada hari esok.


KTBFFH

15 September 2011

RAUL MEIRELES LEBIH SELESA DI CHELSEA


Raul Meireles  berkata bahawa dia kini lebih selesa beraksi di Chelsea berbanding di Liverpool dulu kerana di Chelsea lebih ramai pemain yang berasal daripada Portugal termasuk AVB yang pernah bekerjasama dengan Meireles. Malah, dia sendiri akui rasa bersendirian berada di Liverpool kerana tiada pemain yang sekampung dengannya. Dengan adanya kelibat seperti Bosingwa, Ferriera dan Hilario, secara tak langsung ini membantu Meireles berkomunikasi dengan rakan sepasukan yang lain termasuk untuk meluahkan perasaan. Hahaha :D. Apa pun footballcrazie puji permainan Meireles yang cepat blend dalam pasukan.


KTBFFH

AVB BUAT PERUBAHAN


Selepas Fernando Torres membantu Chelsea membenam Bayern Leverkusen 2-0, AVB mengambil tindakan pantas dengan menempatkan locker Torres bersebelahan dengan locker Juan Mata diikuti dengan Romelu Lukaku di kem latihan Chelsea di Cobham. AVB berbuat demikian bagi menenangkan Torres yang kelihatan tak berapa harmoni dengan rakan sepasukan sebelum ini.

Diharap dengan cara pendekatan AVB untuk menenangkan Torres bakal meningkatkan lagi mental strength penyerang the Blues ini. Lagipun AVB memang popular dengan isu-isu disiplin termasuk tidak membenarkan agent, kawan atau keluarga pemain masuk ke bilik persalinan tanpa kebenaran beliau. Malah, sekiranya bas lewat tiba, beliau akan mengemukakan isu ini ke pihak atasan. Terbaik. Memang betul-betul berdisiplinlah para pemain Chelsea selepas ini. Hehehe :D


KTBFFH

14 September 2011

CHELSEA MELANGKAH CEMERLANG


Awal pagi tadi kita semua saksikan bagaimana Chelsea telah menewaskan Bayern Leverkusen dengan game berkesudahan 2-0. Gol tersebut dijaringkan oleh D.Luiz dan J.Mata. Terima kasih di atas semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh Fernando Torres yang assist kedua-dua gol tersebut. At least bagi pengajaran kepada teammate lain bahawa kerjasama amat penting dalam pasukan berbanding mengejar personal glory seperti Abu dan Amin (bukan nama sebenar).  Apa pun, persoalan yang footballcrazie mahu timbulkan di sini ialah :



"Who the f*** is Sidney Sam?"


Muahahaha ;D. Seperti biasa, korang semua boleh download highlight semua game awal pagi tadi dekat Download Highlight!!

13 September 2011

BIKIN PANAS


Midfielder Bayer Leverkusen, Sidney Sam, 23, telah menimbulkan kemarahan seluruh fans Chelsea apabila mempamerkan komen penghinaan terhadap the Blues dalam akaun Facebook miliknya seperti gambar di atas. Apa pun, kita tunggu siapa yang kena awal pagi nanti pertemuan antara Chelsea vs Bayern Leverkusen tepat pukul 2.45 pagi waktu Malaysia.


KTBFFH

11 September 2011

HIGHLIGHT UPDATED!! Matchday 4


Footballcrazie dah update highlight untuk matchday 4. Jangan lupa lompat ke Download Highlight!! Kalau tak nak download, korang boleh streaming video dekat Video untuk ke semua  highlight game semalam. ;)

10 September 2011

CHELSEA TIDAK CUKUP LAJU - FERNANDO TORRES


Tatkala kedudukan Torres semakin tergugat di Chelsea, beliau menyalahkan cara permainan rakan sepasukannya yang tidak cukup pantas. Dalam masa yang sama, Torres beritahu bahawa Chelsea mempunyai ramai pemain tua yang mengakibatkan rentak permainannya berubah. Namun, Torres gembira dengan kehadiran Juan Mata dan Daniel Sturridge yang kembali daripada penggantungan tiga game di awal musim ini akibat mengutip kad merah ketika perlawanan terakhirnya bersama Bolton Wanderers. Beliau yakin dengan kemasukan dua pemain ini, tempo Chelsea akan lebih meningkat. Footballcrazie harap Torres tidak dipulaukan oleh rakan sepasukan akibat komen ini. Apa pun, semuanya kerana kebaikan bersama. Jangan lupa menyaksikan game Sunderland vs Chelsea pukul 10 malam nanti di kedai mamak atau stream online hanya di LIVE ;)


KTBFFH

09 September 2011

BERITA BAIK DARI LADANG


Berita baik dari ladang. Chelsea kini mendapat suntikan semangat selepas penjaga gol, Petr Cech dan defender afro Chelsea, David Luiz cergas untuk diturunkan menentang Sunderland pada malam esok. Manakala Drogba pula direhatkan selepas mengalami kecederaan ketika menentang West Bromwich Albion  pada bulan lepas. Apa pun, kepulangan mereka berdua bakal menguatkan lagi jentera Chelsea menjelang pertemuan menentang Manchester United di Old Trafford pada minggu depan. Kita tengok apa perancangan AVB nanti. :)


KTBFFH

08 September 2011

RAUL MEIRELES SAYANGKAN LIVERPOOL


Midfielder baru Chelsea, Raul Meireles,28, meluahkan perasaannya yang dia memang tak mahu tinggalkan Liverpool. Namun, oleh kerana Liverpool memang berhasrat untuk menjualnya, Meireles memilih Chelsea sebagai kelab barunya untuk musim ini. Meireles sendiri akui bahawa AVB banyak mempengaruhinya untuk ke Chelsea. Tambahan pula mereka pernah bekerjasama ketika Meireles bermain untuk Porto suatu ketika dahulu. FYI, Meireles dibeli daripada Liverpool dengan harga £12 juta. 

Ditanya tentang siapa yang rapat dengannya di Chelsea, Meireles segera menjawab Bosingwa banyak membantunya. Yelah, satu kampung katakan (Portugal). Footballcrazie tak sabar nak tunggu debut Meireles pada game menentang Sunderland pada Sabtu nanti. Harap AVB turunkan Meireles. ;)


KTBFFH

02 September 2011

JOHN TERRY SAMBUT BAIK PEMAIN BARU


Kapten Chelsea, John Terry mengalu-alukan kesemua pemain baru yang menyertai Chelsea pada musim ini. Meskipun agak terkejut dengan pembelian Raul Meireles di saat terakhir, Terry berasakan ini bakal membawa kelebihan kepada Chelsea memandangkan AVB pernah melatih Meireles di Porto suatu ketika dahulu. Dalam masa yang sama, Meireles boleh bekerjasama dengan Fernando Torres, Chelsea no.9.


KTBFFH 

p/s : Minggu ni tak ada match BPL sebab ada game kelayakan Euro 2012.

01 September 2011

TRANSFER WINDOW UPDATE!!!!


Akhirnya jendela perpindahan dah tertutup rapat pada pagi ini. Chelsea berjaya mendapatkan midfielder Liverpool yang juga bekas pemain Porto iaitu Raul Meireles. Meireles, 28, mengejutkan Anfield apabila menghantar surat kepada lembaga pengarah Liverpool untuk berpindah ke kelab lain. Hasilnya, Meireles diikat oleh Chelsea dengan kontrak selama empat tahun dengan jumlah perpindahan yang dirahsiakan. Manakala Yossi Benayoun, Patrick Van Aanholt, Ulises Davila masing-masing dipinjamkan ke Arsenal, Wigan Athletic dan Vitesse Arnhem sehingga musim 2011/12 tamat. Gael Kakuta pula dipinjamkan ke Bolton Wanderers sehingga 1 Januari 2012.

Apa pun, footballcrazie mengucapkan selamat datang buat Raul Meireles. ;)


KTBFFH

Related Posts with Thumbnails