Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan ke-4 kumpulan A, Copa Amerika awal pagi ini hanya di LIVE!! Mampukah Argentina menang kali ini?
p/s: Footballcrazie rasa Argentina boleh menang jika tidak menurunkan Carlos Tevez. ;)
Pages
▼
11 July 2011
TAHNIAH !! PEMENANG ADIDAS TRUE BLUE FAN!!
Baru-baru ini footballcrazie ada minta pertolongan korang semua untuk mengundi dalam peraduan Adidas True Blue Fan. Akhirnya, footballcrazie menang juga. Terima kasih, semua. Berikut merupakan geng-geng footballcrazie yang menang peraduan tersebut :
![]() |
| Damien Firdauzsh |
FALCAO MENGGANAS MACAM NENAS
Setelah kecewa dengan aksi hambar dua perlawanan untuk Copa America sebelum ini, akhirnya Falcao membuka mata semua pihak apabila membantu Colombia membenam Bolivia, 2-0. Ini menjadikan Colombia pasukan pertama layak ke peringkat suku akhir Copa America. Footballcrazie tak kisah team mana yang menang janji Paraguay masuk final. Kenapa Paraguay? Sila baca entri ini.. BACA. LOL. ;)
Apapun, tak bestlah kalau footballcrazie cakap jer Falcao score gol kalau tak sertakan sekali videonya. Baik baca paper jer, betul tak? Jom layan video kat bawah ni.
MAEL LAMBUNG UGUT LUCA MODRIC
Footballcrazie ingat Luka Modric memang tak ada harapan menjadi milik Chelsea pada musim depan setelah pengerusi Spurs, Daniel Levy telah pun mengeluarkan kata putus bahawa Modric telah memahami situasi sebenar. Namun, isu ini tidak bertahan lama. Akhirnya, Modric membuka mulut. Modric berkata :
"Saya kecewa dengan kenyataan Levy terhadap saya. Beliau mengugut untuk tidak menurunkan saya jika saya berkeras untuk ke Chelsea. Sebelum ini, saya telah berbincang dengan beliau jika saya mendapat tawaran daripada kelab besar, Spurs akan pertimbangkannya, namun beliau terus menolak tanpa berbincang dengan saya."
Nampaknya, Daniel Levy berkeras tak nak jual Modric sampai sanggup mengugut Modric. Apa ni? Gengster macam Mael Lambung. LOL. Dah pemain nak berpindah, buat apa simpan? Tengok pendekatan yang Chelsea lakukan terhadap Ricardo Carvalho. Chelsea melepaskannya sebab dia sendiri beritahu ingin berhijrah ke Real Madrid. =)




