Ashley Cole dan Jay-Z have telah menyatakan kesediaan untuk membuka bar dan restoran secara kongsi di London. Mereka bersepakat membawa berkat untuk menamakan bar dan restoran itu sebagai 40/40. Chef ternama akan dilantik untuk menyajikan sajian moden Amerika. 40/40 akan mengenakan konsep sukan dan hiburan. Erm, kenapa tak bina padang sasar? Nanti tak perlu tembak orang lagi. LOL. ;p
Pages
▼
06 July 2011
GET WELL SOON, NUR ROSLAN
Salah seorang sahabat kita, Nur Roslan akan menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam otak pada pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Nur Roslan seorang yang amat peramah meskipun footballcrazie baru mengenali beliau. Diharap, kawan-kawan semua mendoakan keselamatan rakan kita ini agar segala process pembedahan berjalan dengan lancar dan beliau akan kembali sembuh dengan segera. Amin. =)
MALAYSIA BLUES ARMY POB DAY!!!
Wah, mesti korang semua tergamam dengan poster sebegini besar memenuhi sudut mata korang! Namun, trust me, event ini bakal menggegarkan Malaysia. Julung kali diadakan di Malaysia, event ini adalah anjuran sepenuhnya Malaysia Blues Army (MBA). Kat sini, korang boleh turut terlibat sama pamerkan koleksi Chelsea rare item termasuklah boxer Zola. Selain itu juga, visitors tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mengunjungi pameran ini. Jika anda mempunyai sebarang keraguan atau pertanyaan, jangan malu-malu untuk menghubungi pegawai yang terlibat seperti di bawah ;p :
- Muhammad Zaki Supandi : 013-2322625
- Jason King : 017-6720107
- Jeff A.Karim : 012-3050143
KTBFFH
p/s: Pasal boxer Zola tu footballcrazie gurau jer. Apapun jangan lepaskan peluang untuk sertai event menarik ini.
ASIAN TOUR 2011 PENTING BUAT CHELSEA FC
Fans Chelsea di Malaysia tak perlu bimbang lagi samaada Chelsea mungkin akan membatalkan tour mereka di Malaysia. Ini bukan kerana Bersih v2.0 atau seantero dengannya. Cuma, Andre Villas-Boas sedar betapa pentingnya jelajah pra-musim di Asia. Boas akui event ni Chelsea gunakan untuk menaikkan brand Chelsea di Asia dalam masa yang sama sebagai latihan sebelum memulakan kempen Premier League untuk musim depan. Boas berkata :
"Ia adalah penting untuk mengembangkan jenama Chelsea di pasaran Asia. Ini sebagai pendedahan dan promosi kami kepada mereka."
Jadi, korang semua tak perlulah risau tentang kedatangan Chelsea ke Malaysia sebab big boss pun dah bersuara. =) Peace yo!!
SELAMAT TINGGAL FABIO COENTRAO
Benfica telah sahkan bahawa mereka telah pun menerima tawaran daripada Real Madrid untuk Fabio Coentrao. Yuran berjumlah £27 juta telah pun dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Kini cuma tinggal mamat ni lakukan medical check-up jer. Pergh, satu-satu target Chelsea disambar kelab lain. Tak apa, janji jangan disambar dalam liga yang sama. ;p Andre Villas-Boas pun masih tak nak namakan mana-mana pemain lagi. Mungkin beliau dah ada senarainya sendiri. Who's know?





