Pages
▼
20 March 2011
LIVE UPDATED!! ( Sunderland vs Liverpool ) 9.30 PM
Jangan lupa menonton aksi Premier League ini hanya di LIVE!! Tepat pukul 12 tengah malam pula game Super Sunday, Chelsea vs Manchester City.
HAPPY BIRTHDAY FERNANDO TORRES
Tanggal 20/3/1984, lahirlah manusia bernama Fernando Torres. Jadi, happy birthday ke-27. Game tengah malam nanti mesti score. =D
SHEVCHENKO PERTAHAN FERNANDO TORRES
Bekas bintang flop Chelsea, Andriy Shevchenko menasihatkan Torres agar jangan terlalu beremosi dengan tanah. LOL. Beliau memberi nasihat kepada Torres agar yakin kepada diri sendiri serta tenang ketika beraksi untuk the Blues. Beliau berkata :
"Torres harus faham. Cara permainan Liverpool dan Chelsea adalah berbeza. Jadi dia harus menyesuaikan diri dengan gaya Chelsea. Segala tekanan berada dibahunya. Namun, dia tidak harus fikirkan semua itu. Gol akan menjelma tak lama lagi. Insyaallah."
Erm, part Insyaallah itu aku yang tambah. =D
FERNANDO TORRES MAHU BULI NEMANJA VIDIC
Fernando Torres beritahu kepada media yang Liverpool Chelsea tidak takut kepada mana-mana pasukan dalam Champions League terutama Barcelona. Torres berkata :
"Kami tidak gentar mana-mana pasukan pun. Kesudahannya, kamu harus menentang pasukan terbaik Eropah. Jadi, kami tidak kisah mana-mana pasukan yang menentang kami."
DIDIER DROGBA PANAS BONTOT
Penyerang prolifik Chelsea, Didier Drogba akui bahawa dia tidak senang duduk ketika kemunculan awal Torres ke Stamford Bridge. Dia membayangkan tempatnya dalam kesebelasan utama pasti tergugat. Akhirnya, memang betul jangkaan Nujum Pak Belalang P.Ramlee. Drogba acap kali juga diletakkan di bangku simpanan. Namun, Drogba tidak menggelabah. Dia tahu apa puncanya, dia berkata :
"Ia bukan sesuatu yang mudah bagi saya selepas ketibaan Torres. Itu adalah normal. Saya tahu ia adalah untuk kemajuan kelab. Saya tak boleh merungut sebab bukan saya seorang sahaja yang terpaksa berehat. Malouda, Anelka, Kalou turut direhatkan bagi memberi ruang kepada Torres."









