Jangan lupa saksikan perlawanan Champions League peringkat ke-16, second leg hanya di LIVE!! Perlawanan Everton vs Birmingham City turut berlangsung pada pukul 4 pagi. =)
Pages
▼
09 March 2011
5 GAME TANPA GOL
Sebelum ini aku dah keluarkan entri 4 GAME TANPA GOL untuk menunjukkan yang Torres ini dah kemarau gol tahap cipan. Terbaru, Blackpool vs Chelsea. Torres macam tak wujud. LOL Namun, dia berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Blackpool. Kalau aku jadi Lampard, gol kedua itu akan aku passing kepada Torres. Biar dia score. Harap selepas ini aku tidak akan keluarkan entri 6 GAME TANPA GOL. ;p
PENGARUH SIR ALEX FERGUSON?
Kali ini giliran manager Blackpool, Ian Holloway menyalahkan pengadil game semalam iaitu Mike Dean. Katanya :
"Kalou cepat cari peluang untuk jatuhkan badan manakala Mike Dean pula terburu-buru memberikan sepakan penalti."
PENGAJARAN BUAT ANCELOTTI
Ancelotti beritahu kat media yang beliau banyak belajar daripada musim kejatuhan Chelsea sejak 4 bulan lepas. Semestinya, benda negatif la. Beliau berkata :
"Setiap pengalaman itu membuatkan saya lebih berfikiran terbuka. Meskipun pengalaman itu pahit, ia mengajar saya untuk lebih memahami diri sendiri serta orang lain yang berada di situasi yang sama."






